Chaoyang: Seorang pencuri jatuh cinta dengan pemilik laptop yang dicurinya
tetapi hasratnya keluar bersama mangsa tidak kesampaian selepas ditahan polis.
Suspek itu yang bernama Yang, 20, mungkin tidak menyangka
anggota polis hadir bersama wanita berkenaan di tempat pertemuan mereka.
Mangsa tidak mempercayai Yang meskipun lelaki itu berjanji
memulangkan laptopnya.
Yang didakwa mencuri laptop itu yang berharga 2,300 yuan
(RM1,150) pada September lalu selepas masuk ke dalam pangsapuri mangsa menerusi
tingkap yang tidak bertutup di daerah ini.
Yang kemudian jatuh hati dengan mangsa selepas menatap banyak
gambar wanita itu dalam laptopnya dan menghubungi mangsa menerusi program bual
bicara online.
Dia kemudian berjanji kepada wanita itu untuk memulangkan
laptopnya jika dia setuju keluar bersamanya.
Bagaimanapun, mangsa segera menghubungi polis dan memberitahu
tempat dan masa pertemuan itu membolehkan polis menahan Yang yang membawa
laptop itu. AGENSI
SUMBER: http://www.bharian.com.my/
No comments:
Post a Comment