Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengejutkan penduduk
China kerana remaja ini hanya mempunyai dua gigi taring yang menyerupai
vampire!. penduduk pecaya bahawa remaja ini adalah merupakan keturunan Vampire,
tidak diketahui apa penyebabnya remaja ini mempunyai kelainan seperti itu. Pada
usia 16 tahun tidak tumbuh gigi lain selain dua gigi yang runcing dan tajam
tersebut.
Remaja ini bernama Wang Hui, dia menjalani hidupnya selama ini
dengan dua gigi yang aneh. Kerana keanehannya tersebut Wang Hui sering di cemuh
oleh rakan-rakannya sebagai anak vampire sehingga menyebabkan dia merasa
terpencil dan tidak punya kawan. Menurut Ibunya, kelainan yang di alami oleh
Wang memang sudah kelihatan sejak kecil dimana Wang hampir tidak mempunyai
rambut yang tumbuh pada kulitnya. Lebih mengejutkan lagi ketika Wang semakin
besar dan menginjak remaja ternyata hanya tumbuh dua buah gigi yang menyerupai
taring. Wang juga berkelakuan pelik dengan sering menyerang dan menggigit orang
lain yang menghinanya.
Akhirnya Ibu Wang Hui
membawanya berjumpa doktor untuk pemeriksaan keanehan yang di alami oleh
anaknya setelah dia berusia 18 tahun. Ibunya menceritakan semua yang dialami
oleh anaknya, hingga akhirnya doktor memutuskan untuk melakukan operasi
terhadap Wang dengan kos kira-kira 70,000 hingga 80,000 Yuan
SUMBER: http://kopilekat.com/
No comments:
Post a Comment