SHAH ALAM: “Saya akan buktikan,
mampu menjadi suami terbaik buat isteri, sekali gus ayah dalam keluarga kami
yang bahagia, walaupun baru berusia 15 tahun.
“Restu keluarga dan sanak saudara menjadi kekuatan kepada saya,
membuktikan bahawa usia bukan ukuran dalam menentukan kemampuan dan tanggungjawab
menjadi suami,” kata Muhamad Haikal Farith Mohd Shah.
Beliau selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd
Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk
Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar, kelmarin.
Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000.
Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43,
memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya
kerana usia mereka yang masih muda.
Semangat membara
Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun
semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas
selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia.
Beliau tidak melihat kegagalan perkahwinan pasangan remaja yang berakhir
kurang setahun, sebagai perkara yang menakutkan.
“Walaupun masih muda, saya berusaha menjadi suami terbaik dan
memastikan rumah tangga didirikan kekal hingga ke akhir hayat. Memang ramai
memandang sinis, tetapi kami akan berusaha membuktikan usia bukan jaminan
kebahagiaan.
Keluarga beri sokongan
“Setakat ini keluarga dan adik beradik banyak memberi semangat.
Usia muda bukan penghalang untuk jadi suami terbaik dan saya akan buktikan,”
tegasnya ketika ditemui membawa pasangannya menziarahi rumah saudara mereka di
sini, semalam.
Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu,
membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan.
Mohd Shah berkata, walaupun sudah berkahwin, namun anak dan
menantu akan tinggal bersama keluarganya, sementara menantunya akan terus
bersekolah.
Bulan lalu, BH mendedahkan perkahwinan sepasang remaja berusia
19 dan 12 tahun, berakhir dengan perceraian seminggu sebelum ulang tahun
pertama mereka.
SUMBER:
No comments:
Post a Comment