Resipi: Italian Bread Bowl Served with Creamy Chicken Soup with
English Herbs.
Oleh: Puspa Wangi
Bahan-bahan untuk roti
170ml air suam
250 gm tepung high protein (2 cawan)
65 gm tepung gandum (1/2 cawan) saya guna semua tepung biasa je
2 sudu besar lemak sayur/olive oil/minyak jagung
3 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar susu tepung
1 1/2 sudu teh yis segera
*semua sukatan di paras
Bahan-bahan untuk untuk sup krim ayam.
1 biji bawang Holland di mayang
6 ulas bawang putih di ketuk
100 gm ayam di cincang
250 ml susu full cream
2 sudu besar tepung jagung + 1 cawan air
Sedikit Italian herbs, thymes, oregano, black pepper dan garam secukup rasa. (herbs bubuh mana ada je)
Cara-cara
- Cara buat roti. Masukkan semua
bahan dalam bread maker, pilih option doh. Boleh juga diuli dengan tangan. Uli
dan tumbuk agak lama untuk pastikan doh gebu dan lembut.
- Keluarkan doh dari bread maker, bahagi kepada 4 atau 5 .Bentukkan bulat dan
letak dalam dulang pembakar yang disapu marjerin. Biar doh naik selama 40
minit.
- Doh yang naik menyebabkan bentuk bulat jadi leper. Bentukkan jadi bulat semula,
bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 160 Celsius selama 30 minit atau
hingga luar kulit roti jadi coklat.
- Potong bahagian atas roti dengan pisau.
- Korek bahagian dalam roti. Jangan sampai tembus ke bawah. Isi roti ni boleh
guna untuk cicah dengan sup .
- Cara menyediakan sup krim ayam. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik
bau. Masukkan ayam cincang, tunggu hingga ayam masak. Masukkan Italian mixed herb,
lada sulah dan garam.
- Masukkan susu full krim dan bancuhan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
Tutup api.
- Tuang sup ke dalam roti. Lebih sedap jika masukkan sup krim yang masih panas. Hidangkan segera.
SUMBER: http:// www.facebook.com/bukuresepi
No comments:
Post a Comment