Saturday, 14 December 2013

LUAR NEGARA: Lelaki Dikurung Selama 40 Tahun


HENAN : Seorang lelaki berusia 48 tahun, terpaksa menjalani kehidupan seharian dalam kurungan selama 40 tahun kerana ibunya bimbang dia akan mencederakan diri sendiri.

Lelaki itu, Peng Weiqing, yang mengalami kecacatan otak, dikurung oleh ibunya di dalam rumah, sejak dia berusia lapan tahun.

Meskipun tindakan itu dianggap kejam, namun ibunya, Peng Waimei, 80, berkata, ia merupakan pilihan yang ada, bagi melindungi anaknya itu.

Kebimbangan utama Waimei ialah siapa yang akan memelihara anaknya itu jika dia meninggal dunia kelak.

Suaminya telah meninggal dunia dan dia sendiri berdepan dengan masalah kesihatan.

Waimei berkata, Weiging mengalami masalah mental selepas dia menghidap demam panas ketika kecil, hingga mengakibatkan otaknya mengalami kerosakan.

Sejak itu anaknya sering mengalami sawan.

Bimbang anaknya itu mencederakan diri sendiri ditambah pula dengan masalah kewangan yang dialaminya, dia dan suaminya mengambil keputusan meletakkan Weiqing dalam kandang.

“Ketika dia kanak-kanak, dia sering mencederakan diri sendiri dengan pisau dan kaca.

“Malah ketika dia berjalan, dia akan jatuh dengan tiba-tiba dan memukul mukanya hingga berdarah,’’ katanya.


Ujar wanita itu, meskipun anaknya itu tidak mengenali perkataan `ibu`’ namun dia tetap anaknya. – MyNewsHub

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...