Bulgaria – Bulgaria membuka perpustakaan pantai pertama di resort Albena. Perpustakaan pantai Albena ini merupakan yang pertama di Kesatuan Eropah dan yang ketiga di seluruh dunia. Di rak tersebut terdapat lebih 2500 jilid dan lebih daripada 10 bahasa.
Timbalan Pengurus resort berkata terdapat pelbagai koleksi buku yang membantu populariti perpustakaan ini.
Perpustakaan ini adalah percuma dan tajuk-tajuk buku dipilih dengan teliti untuk semua cita rasa. Terdapat pelbagai Genre buku seperti klasik dunia, Thrillers, misteri, bacaan romantis, memoir.
Pelancong boleh mengambil buku tersebut secara percuma tanpa kad perpustakaan. Jika mereka belum pernah membaca buku yang mereka telah ambil, mereka boleh meninggalkan buku mereka sendiri sebagai tukaran dengan tujuan untuk mempelbagaikan koleksi buku di perpustakaan tersebut. Lebih kurang macam sistem barter tanpa melibatkan wang.
"Saya fikir terdapat pelbagai pilihan buku-buku dan penulis," kata Yovka Strashilova. "Selain itu, buku di perpustakaan ini semakin banyak kerana tetamu kami juga meninggalkan buku-buku mereka sendiri apabila mereka pulang ke rumah untuk orang lain membaca."
Oleh itu, perpustakaan ini akan diisi dengan tajuk baru. - Albena, Bulgaria
Seorang wanita rakyat Bulgaria yang menghabiskan masa di pantai dengan kanak-kanak kecil berkata beliau sangat terkejut. "Saya menemui buku-buku untuk saya, mereka juga telah menemui buku-buku untuk mereka," kata Mira Ivanova.
Perpustakaan ini adalah satu cara yang bagus untuk kanak-kanak mencari kawan, tambah Ivanova.
Projek ini merupakan idea Herman Kompernas, pengurus projek di Jerman "Albena" PLC .
Kompernas telah mencipta perpustakaan yang mempunyai 140 rak dan ruang untuk lebih 4,000 tajuk. Beliau berkata pencarian bahan khas yang tahan lama untuk menghadapi unsur-unsur tepi pantai bukan sebagai satu masalah seperti yang anda jangkakan.
"Kami memperolehi bahan yang betul dengan cepat, " kata Kompernas kepada Reuters TV. Bahan ini tahan kepada cahaya matahari dan angin yang kuat, dan dalam cuaca basah dengan penggelek vinil yang dimaterikan oleh zip untuk melindungi buku-buku.
"Kami juga menemui satu kaedah penstabilan dengan cepat, "tambah Kompernas. "Kami memilih satu bentuk pembinaan palet di bawah perpustakaan, yang anda tidak boleh lihat di sini, untuk membuat ia sangat stabil melawan angin."
p/s: Syioknye kalau Malaysia ada “Beach Library”. Dalam mimpi jer la.. klu buat pun mesti hilang buku2 tersebut wat harta sendirik…
SUMBER:
No comments:
Post a Comment