Houston: Seorang
penumpang yang tertidur dalam penerbangan ke Los Angeles, terjaga dan mendapati
dirinya keseorangan dalam pesawat yang gelap dan kosong.
Tom Wagner sepatutnya menukar pesawat Jumaat lalu di Lapangan
Terbang Intercontinental George Bush.
Namun, tiada petugas sedar dia masih tidur di tempat duduk
belakang pesawat dari Louisiana. Saya lihat tiada siapa dalam pesawat. Ia
dikunci, lampu dimatikan. Tiada bunyi enjin. Seolah-olah ia direhatkan untuk
malam itu, katanya dari California.
Wagner, 51, menghubungi teman wanitanya yang meminta kakitangan
pesawat menyelamatkannya.
Dia tidak panik sebaliknya tersenyum dan berkata: Saya mesti
keluar dari sini. Namun saya perlu ke bilik air terlebih dulu. Saya berjalan,
mencari bilik air dalam gelap. AP
SUMBER: http://www.bharian.com.my/
No comments:
Post a Comment