London - Seorang
pemandu bas di London dianggap wira apabila mengejarkan seorang perempuan yang
mahu bersalin ke hospital selepas ambulan yang dihubungi tak sampai-sampai.
Sajjad Shariff, 41, sedang memandu bas W15 di Leytonstone
apabila Fatim Faye, 44, yang sarat mengandung memintanya memberhentikan bas
sekitar jam 11 malam, 12 Disember lalu.
Sebaik masuk ke dalam bas, Fatim yang bernafas tercungap-cungap
menyebut ‘baby’ dan ‘hospital’ berulang kali, membuatkan Sajjad segera
menghubungi talian kecemasan.
Selepas 30 minit namun tiada bayang ambulan, Sajjad menghubungi
talian kecemasan sekali lagi namun tetap tidak ada tanda-tanda ketibaan ambulan
walaupun 40 minit selepas itu.
Akhirnya pada 12.13 pagi, Sajjad memutuskan mereka tak boleh
menunggu lagi lalu dia terus mengejarkan Fatim ke Hospital Whipps Cross.
Fatim melahirkan bayi perempuan, tak sampai dua jam selepas itu.
Jurucakap Perkhidmatan Ambulan London menyatakan, berlaku
kekeliruan ketika aduan diterima menyebabkan ambulan tidak dihantar meskipun
selepas panggilan kecemasan diterima.
“Maklumat diberikan kepada bilik kawalan kami menyatakan pesakit
mengandung sembilan minggu, bukan sembilan bulan.
“Maklumat dibetulkan ketika panggilan kedua dibuat pada 11.20
malam tetapi keadaan pesakit ketika ini pun dikategorikan sebagai tidak
mengancam nyawa kerana dia masih sedar dan bernafas secara normal,” katanya.
Walaupun disusuli permhonan maaf, banyak pihak menyelar tindakan
sambil lewa Perkhidmatan Ambulan London.
Hujah mereka, apabila ambulan dihubungi itu bermakna
pemanggilnya sedang berada dalam situasi kecemasan tanpa mengira berapa usia
kandungan sekali pun. – MyNewsHub
No comments:
Post a Comment