TAJUK : Cinta Ke 2
PENULIS : Zihasra Aziz
TERBITAN : Buku Prima
HARGA : RM22.90
SINOPSIS : Belum pun berkahwin Erin Natasha sudah pun mengandung. Kejadian yang tidak disengajakan itu benar-benar membuatkan Erin mati akal dan degup jantungnya seakan terhenti. Perkahwinan yang dirancang bersama Zareef mengundang derita buat Erin. Zareef meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Erin hilang punca.
Bagaimana dengan nasib anak yang dikandungnya? Mampukah dia
menyimpan rahsia itu seorang diri? Namun wasiat yang diamanahkan oleh Nek Sarah
telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Dia bersetuju berkahwin dengan
Harris Haikal walaupun dia tahu sepupunya itu sudah mempunyai kekasih.
Dan Harris Haikal pula terpaksa menerima Erin kerana harta
keluarganya. Dia sanggup melakukan apa saja agar harta keluarganya dapat
diwarisi.Tegarkah hati Erin meneruskan ikatan perkahwinan tersebut walaupun
saban hari saban waktu hatinya sering disakiti oleh suaminya. Adakah cinta
kedua menjanjikan bahagia buat mereka berdua?
“Hai tuan doktor, takkan tak faham maksud dua line tu. Kalau mak
dan ayah tahu mati Erin.- Erin Natasha
“Alah Erin awal sebulan aje. Dah ekspres nak buat macam mana.
Terima ajelah salah kita. Anak itu kan anak kita juga. Jangan risau Zareef akan
bertanggungjawab. - Zareef
“Jadi, kau mengandung anak haramlah sekarang.Tak sangka ya gadis
kampung yang nampak alim macam ni pun boleh terpedaya dengan lelaki. Kau ingat
aku ni apa? Badan kebajikan ke? Sorry Erin kau cari orang lain saja. Aku tak
mahu terlibat dengan masalah kau.”– Harris Haikal
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Share dari komen Imaniah Fajaya Othman tentang novel Cinta Ke 2
Pada permulaan cerita.. novel ni berkisar tentang percintaan dua
insan.. pada mulanya Erin Natasha cuba menolak kehadiran Zareef.. tetapi
apabila melihat Zareef tanpa letih tetap mengejar dirinya, dia menerima salam
cinta jejaka itu dan tdk bbrp lm kemudian mrk mengambil keputusan untuk
mengikat ikatan ini ke pernikahan .. segala persiapan dibuat akan tetapi akibat
kelalaian diri, mereka hanyut dan terlupa sehingga mrk berzina.
Zareef memujuk tunangnya dan mengatakan mrk akan tetap berkahwin dan Erin mula menerima kekhilafan mrk dgn redha. .. ttp takdir Allah telah meragut nyawa Zareef... Zareef terkorban dlm kemalangan dan dia meninggalkan janin yg dikandung oleh Erin.. Erin hampir gila dgn apa yg berlaku mengenangkan ank yg dikandungnya itu.. dia menangis dan terus menangis.. disini bermulanya kisah sedih novel ini... wahhh gila.. aku review pun nangis....
Tetapi nasib menyebelahi Erin dimana wasiat yg dibuat oleh neneknya menyatukan dirinya dgn sepupunya Harris Haikal. Hubungan mrk tidak rapat , tetapi demi menyelesaikan mslh yg menimpa dirinya, Erin menerima Haikal sbg suami.. Haikal pula mengahwini Erin kerana harta yg ditinggalkan nenek mrk...
Kwtika mlm pertama mrk, Erin yg ingin jujur dgn Haikal telah memberitahu Haikal yg dia sedang mengandung. Haikal yg merasa tertipu dgn apa yg berlaku menyimpan rasa benci terhadap Erin..dia sering memukul Erin dan menghina Erin
"Ingat sikit Erin, kalau aku tak kutip kau, keluarga kau
akan tanggung malu, maruah kau dah musnah. Hidup kau tak ubah seperti pelacur,
memalukan..mengandung anak haram. Mengapa kau tak gugurkan kandungan kau?"
Semasa mrk berbulan madu Harris telah membawa kekasihnya Sally
bersama2 , dia meninggalkan Erin sendirian dibilik dan menhabiskan masa dgn
Sally.. setelah kembali ke Malaysia, Erin juga didera secara fizikal dan
mental, Harris memukulnya dgn tali pinggang dan menarik rambutnya. Sally juga
tidak kurang kejamnya dimana dia telah menolak Erin ditangga sehingga Erin
keguguran dan dia dan Harris meninggalkan Erin seorg diri..Harris tidak
mengertahui yg Erin keguguran dan dia tidak pulang kerumah beberapa minggu.
Harris pula mengertahui yg Sally curang, ini menyebabkan dia
mulai berdendam dengan perempuan tambahan lagi dia disabitkan kslhn pecah
amanah dan mengelapkan wang syarikat krn mengikut kehendak Sally. Dia mula
mabuk dan akibat dendam dia telah merogol Erin. Selepas meniduri Erin , dia
telah memberi wang rm50 sbg bayaran Erin tidur bersamanya. kejam gilerr kan?
Huhhh.. tetapi lama kelamaan hubungan mrk smkn rapat dan ada rasa cinta dihati
. Tetapi ekoran keegoaannya , Harris telah menceraikan Erin dgn hanya coretan
dikertas setelah dia berjaya menakluki hati Erin dan Erin rela bersamanya. Erin
merasa sedih dgn apa yg berlaku . Tetapi setelah dia mengertahui yg dirinya
mengandung lagi, dia cuba memberitahu Harris, tetapi Harris tidak mengakui ank
itu adalah anknya .. nk tau apa yg berlaku seterusnya? .. beli lah ya...mmg
best..
No comments:
Post a Comment