Thursday, 26 December 2013

UNIK: Ark Hotel, Hotel Anti Bencana


Moscow - Ancaman pemanasan global, saat ketinggian permukaan laut dijangka naik secara melampau dan menenggelamkan sebahagian planet Bumi, menjadi inspirasi syarikat seni bina Rusia, Remistudio .

Dalam program seni bina pencegahan bencana International Union of Architects, Remistudio merancang sebuah hotel yang boleh berperanan sebagai bahtera penyelamat, jika bencana dahsyat berlaku. ianya dikenali sebagai Ark Hotel. Boleh dibina di laut atau darat. 


Ini mungkin kedengaran seperti kisah bahtera Nabi Nuh dan cerita filem fiksyen sains tahun 1970 - an.

Bahtera Nuh berbentuk hotel ini, seperti dalam gambar yang ditunjukkan, dibina untuk mengatasi bencana banjir akibat kenaikan permukaan air laut.



Ketika bencana banjir berlaku, hotel ini boleh terapung di permukaan air laut sehingga mampu menyelamatkan manusia yang ada di dalamnya. Dalam keadaan tersebut, hotel yang direka berbentuk cengkerang ini juga boleh memberikan tenaga kepada penghuninya kerana bahagian dalamnya ditanami pokok.


Selain mengatasi masalah banjir, hotel ini juga dikatakan tahan gegaran. Para arkitek yang membinanya mengatakan, rangka dan reka bentuk hotel mampu menyeimbangkan berat secara menyeluruh sehingga boleh menyelamatkan penduduk dari bencana gempa bumi yang mungkin terjadi.

Selain itu, struktur bawah tanahnya berbentuk tempurung, tanpa tepian atau sudut. Hotel gergasi yang terapung ini dinyatakan juga sebagai 'biosfera', syurga yang selesa bagi para penghuninya, bahkan saat bencana sekalipun.



Hotel ini juga mempunyai panel solar dan takungan air hujan yang akan memberikan tenaga dan air secara semula jadi. Bahagian dalam hotel dilengkapi dengan tumbuh-tumbuhan yang memberikan kualiti udara yang baik juga boleh menjadi sumber bahan makanan.

Luaran hotel dibina daripada bahan yang telus untuk memastikan kecukupan cahaya. Kawalan keamatan cahaya dilakukan dengan adanya penapis di dalam bilik. Sementara itu, sebuah lapisan khusus juga digunakan untuk memastikan kualiti cahaya yang masuk ke bilik.

Hotel ini dibina oleh firma seni bina Remistudio Rusia dan International Union of Architect. Alexander Remizow dari Remistudio berkata, "Hotel ini dibina untuk menangani cabaran yang ada saat ini. Dibina untuk menyokong sistem kehidupan yang bebas serta meningkatkan keselamatan dan pencegahan terhadap keadaan persekitaran yang melampau dan perubahan iklim. "kata beliau, seperti yang dinyatakan Daily Mail.



Cabaran yang dimaksudkan diantaranya adalah keperluan keselamatan dan perlindungan dari kesan perubahan iklim serta keadaan persekitaran yang melampau. Selain itu juga akan menampung keperluan perlindungan dari aktiviti manusia yang merosakkan.

Untuk membina sistem kehidupan yang bebas, Remistudio mengatakan, "Semua tanaman telah dipilih berdasarkan kesesuaian, kecekapan dalam mengatur pencahayaan dan kemampuan dalam menghasilkan oksigen. Atap yang telus membuatkan tanaman boleh mendapatkan cahaya yang cukup."

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...