TAJUK : Projek Memikat Suami
PENULIS : Hanina Abdullah
PENERBIT : Fajar Faker
HARGA : SM :- RM21.00 S/S :- RM24.00
SINOPSIS : NAWWAL HUSNA, baru sehari
pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita
peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu
meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak
sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus
sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang
saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah
menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what
you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari
kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!”
– Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat
Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais
beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang,
sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup,
in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang
dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang
baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah
tangga bahagia!
SUMBER: http://www.p2u.my/
No comments:
Post a Comment