BAITULMUQADDIS - Ribut salji melanda kota ini dan beberapa bahagian Tebing
Barat yang ditakluki oleh Israel semalam.
Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan aktiviti di kota
ini lumpuh manakala beratus-ratus buah kenderaan terkandas selepas jalan-jalan
raya tidak dapat dilalui.
Pihak berkuasa Israel berkata, salji tebal mencecah 50
sentimeter turun di sini sejak kelmarin.
"Sepanjang 54 tahun saya hidup di sini, saya tidak pernah
melihat pemandangan seperti ini (salji) kata Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir
Barkat.
Ribut salji itu menyebabkan pasukan penyelamat, polis dan
tentera terpaksa berkerja keras untuk mengeluarkan beratus-ratus orang yang
terkandas di dalam kenderaan mereka di beberapa buah lebuh raya dekat sini.
Dalam pada itu, lebih 500 penduduk ditempatkan di sebuah pusat
konvensyen yang dijadikan sebuah penempatan sementara.
Semua lebuh raya menuju ke kota ini juga ditutup sehingga
diberitahu kelak dengan suhu turun secara mendadak mencecah 2° Celsius ekoran
salji berterusan.
Beribu-ribu penduduk terpaksa bergelap selepas banyak kabel
elektrik putus akibat dihem-pap dahan pokok yang patah. - Reuters
SUMBER: http://www.kosmo.com.my/
No comments:
Post a Comment