Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan yang
tergolong dalam surah Makiyyah kerana diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai
di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan
cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Masya ALLAH.. Subhanallah…. Allah Maha besar!
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita
amalkan:-
- Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
- Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.
- Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
- Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
- Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
- Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak
71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi dizalimi
Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.”
No comments:
Post a Comment