Melbourne – Pada Isnin malam seorang pelancong wanita warga Taiwan sedang
berjalan di dermaga St Kilda, berhampiran Melbourne, terjatuh ke dalam teluk
Port Phillip, apabila dia terlalu asyik bermain
Facebook.
Seorang saksi menghubungi bantuan dan polis bergegas dengan bot
laju untuk membantu pelancong wanita. Mereka mendapati dia terapung di dalam
air selama 20 minit, kira-kira 20 meter (65 kaki) dari dermaga.
"Dia masih berada dalam air dalam kedudukan yang terapung
(menelentang) kerana dia
memberitahu kami kemudian bahawa dia tidak boleh berenang," Konstabel Kanan
Dean Kelly polis memberitahu Australian
Broadcasting Corporation.
"Dia masih memegang telefon bimbit di tangannya dan beliau memohon
maaf."
Wanita itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Konstabel Kelly menggesa orang ramai untuk lebih berhati-hati menggunakan
media sosial apabila berdekatan air.
SUMBER: http://www.telegraph.co.uk/
No comments:
Post a Comment