Kuantan : Mayat seorang wanita yang dipercayai mati lemas ditemui
terdampar di Pantai Bernas dekat Kompleks Rakan Muda, Rompin, tengah hari tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari
Jahaya, mayat ditemui orang awam dengan berseluar panjang dan baju dalam.
Identiti mangsa belum dikenal pasti dan mangsa dipercayai warga
asing berusia lingkungan 40-an, katanya.
Beliau berkata juga terdapat kesan lebam pada badan mangsa.
SUMBER: benama
No comments:
Post a Comment