Friday, 13 December 2013

DALAM NEGARA: KEMANA HILANGNYA TANDAS AUTOMATIK RM3.2 JUTA?


Masih ingatkah anda dengan tandas automatik (Automated Street Toilet – AST) yang dibina oleh kerajaan di Jalan Telawi, Jalan Ara Kiri, Bukit Bintang, dan Jalan Tun Razak? Tandas automatik yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 ini boleh digunakan selama 15 minit dengan membuat bayaran sebanyak RM1. Keluasan tandas ini ialah 2.25m x 6.2m, setinggi 2.6m, seberat 3.5 tan, berhawa dingin sepenuhnya dan setiap satunya bernilai lebih kurang RM400 ribu.



Untuk pengetahuan anda, salah satu tandas automatik ini yang terletak di Jalan Telawi, berhadapan dengan masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq telahpun dimusnahkan pada bulan lepas. Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, tandas ini dimusnahkan kerana tiada sambutan dalam penggunaannya, selain dari ia mengambil kos yang agak mahal untuk diselenggara.


Beberapa penduduk sekitar Bangsar menyatakan rasa terkejut mereka akan kemusnahan tandas itu. Menurut ketua imam masjid Jalan Telawi Ahmad Sirajuddin Abdul Satar, tandas automatik ini sering digunakan oleh pengunjung masjid yang datang untuk sembahyang Jumaat, memandangkan ia ditempatkan di tempat yang strategik iaitu berhadapan dengan masjid. Jadi beliau agak terkejut apabila tandas automatik itu dimusnahkan.


Namun begitu, beberapa tandas automatik yang lain masih dikekalkan kewujudannya, seperti tandas automatik di Jalan Ara Kiri, Bangsar.

Adakah ini termasuk dalam salah satu projek mahal yang terbengkalai, selain dari projek ini dan mungkin juga projek ini? Hanya masa yang dapat tentukan.


SUMBER: http://www.wanista.com/

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...