KOTA KINABALU: Seorang wanita layak digelar ‘ibu setan’ kerana bukan saja
melacurkan anak gadisnya sendiri berusia 13 tahun, malah suami wanita terbabit,
yang juga bapa tiri mangsa, sanggup bersekongkol melakukan kegiatan terkutuk
itu dengan alasan bagi menampung perbelanjaan keluarga.
Difahamkan, pada mulanya, ibu durjana berusia 30-an itu
terpengaruh dengan tawaran seorang lelaki menawarkan RM1,500 bagi meniduri
anaknya, asalkan gadis terbabit masih dara.
Gelap mata dengan bayaran bakal diterima itu, wanita terbabit
bersama suami dan seorang rakan, membawa anaknya ke bandar raya ini dengan
alasan bersiar-siar sebelum ditinggalkan seorang diri di bilik sebuah hotel di
sini.
Seorang lelaki memasuki bilik hotel berkenaan lalu merogol
mangsa sebelum meninggalkan gadis berkenaan.
Difahamkan, sebelum meninggalkan hotel, lelaki terbabit turut
menyerahkan wang kepada ibu mangsa seperti dijanjikan selepas yakin gadis
berkenaan masih dara.
SUMBER: myMetro
No comments:
Post a Comment