Dalam hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:
1. Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tetapi
tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan. Terimalah dirimu, sama ada
engkau wanita atau lelaki.
2. Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun! Jika orang
tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka! jika tidak
situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak. Nasihat dan teguran
memang tidak boleh berhenti.
3. Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh
memilih tarikh lahir kita. Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita
menyesalinya.
4. Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah. Jika hidung
kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya. Memang kita
lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya, sama ada memancungkan hidung
atau alis matanya dicukur habis tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula
jadi.
5. Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Jangan menyesali masa yang
sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran. Justeru,
‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.
6. Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah, tidak
boleh diubah dan terimalah seadanya.
7. Suku bangsa
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina.
Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir.
Jika berubah maka berubahlah hidup kita.
No comments:
Post a Comment