TAJUK : Luka Di Hati Diya
PENULIS : Hasliza Ismail
HARGA : SEMENANJUNG :- RM22.00 AHLI KN: RM18.00
SABAH/SARAWAK :- RM25.00 AHLI KN: RM21.00
SINOPSIS : Diya Mirza hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya. Sehinggalah Remmy (staf baru yang bekerja sebagai despatch) muncul di syarikat tersebut.
Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus
mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini
melindunginya. Apabila hati
masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah
kebenaran mula terjawab.
Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia
kini dalam pelarian bersama ibunya.
Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy
terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan
keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.
Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan
selamanya terluka?
“Bisakah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat
kepercayaan yang pernah dinodai?”
Pertanyaan Tentang Novel Ini
No comments:
Post a Comment