Beijing - Seorang
lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah
selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mendesak agar mereka terus
membeli-belah.
Rakaman kamera CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, menemani teman
wanitanya membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur
China.
Selepas lima jam Tao yang
keletihan mengajak teman wanitanya pulang.
Saksi berkata, Tao dikatakan memberitahu teman wanitanya yang
barang dibeli sudah mencukupi dan mereka sudah membawa terlalu banyak beg.
MAYAT Tao terdampar di atas lantai selepas jatuh dari tingkat
tujuh pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.
Bagaimanapun, wanita terbabit mendesak agar mereka pergi ke
sebuah lagi kedai kasut yang menawarkan potongan harga.
“Mangsa memberitahu yang wanita itu sudah mempunyai banyak
kasut, lebih banyak daripada yang boleh dipakainya sepanjang hayat dan tiada
guna membeli sepasang lagi.
“Wanita terbabit mula menjerit dan menuduhnya kedekut serta
merosakkan semangat Krismas. Mereka r bergaduh besar,” kata saksi berkenaan.
Pergaduhan terhenti apabila Tao menghempaskan beg beli-belah
mereka ke lantai dan terus terjun dari balkoni.
Dia jatuh di atas pokok Krismas sebelum jatuh ke lantai menyebabkan
orang ramai yang terkejut bertempiaran lari kerana panik.
Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian
tetapi mendapati Tao sudah tidak bernyawa.
Jurucakap pusat beli-belah berkata, mayat Tao dialihkan dengan
segera.
“Mangsa jatuh di satu daripada kedai di tingkat bawah sebelum
jatuh ke lantai.
“Ini adalah insiden yang tragik tetapi tempoh waktu ini mungkin
detik sukar bagi sesetengah orang,” katanya, semalam.- Agensi
SUMBER: http://www.hmetro.com.my/
No comments:
Post a Comment