China - Pada hari Krismas yang lalu,
seorang pesakit Cina yang dikenali sebagai "Elephant
Man" menjalani pembedahan lain untuk membuang beberapa lapisan tumor/ketumbuhan
isi berlebihan yang telah mencacatkan mukanya selama beberapa dekad.
Doktor telah mengeluarkan lebih daripada 3 paun pertumbuhan tersebut
dari pipi kiri Huang Chuncai ini semasa pembedahan semalam di sebuah hospital
di Guangzhou, di wilayah Guangdong China.
Huang, yang telah melalui beberapa pembedahan dalam tempoh enam
tahun yang lalu, mengalami neurofibromatosis, gangguan genetik yang memberi
kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan tisu sel.
Tumor beliau begitu buruk sehinggakan dia berasa kesakitan dan
hampir tidak boleh bercakap atau makan, dan berat tambahan di mukanya – 33 pounds
pada satu masa - telah mencacatkan tulang belakang dan membantutkan tumbesarannya.
Huang, dari wilayah Hunan, kehilangan gigi pada usia 25 tahun,
dan mata kirinya telah lama tersembunyi di bawah lapisan tumor/ketumbuhan.
Pada tahun 2007, jiran beliau menjelaskan kepada Reuters
bagaimana muka Huang mula berkembang semasa zaman kanak-kanak. Ibu budak itu
bergurau bahawa dia harus menjadi seorang pegawai kerajaan kerana kepalanya begitu
besar.
Selepas setahun pembedahan tersebut, dia berdoa anaknya pada satu
hari akan menjalani kehidupan yang normal .
"Saya memegang tangannya, dan dia memberitahu saya: 'Jangan
menangis ibu. Saya akan jadi lebih baik. Semua yang boleh diubati akan dapat
diubati. 'Saya sangat menyayanginya, "kata ibu Huang, He Baohua, memberitahu
Reuters.
Di sebalik gelaran tersebut, Huang sebenarnya bukanlah seperti
yang dikatakan oleh doktor "penyakit manusia gajah," menurut Simon
Vukelj, Pengarah Komunikasi untuk Yayasan Tumor Kanak-kanak.
penyakit manusia gajah adalah penyakit kongenital (Kelainan
bawaan atau kelainan kongenital atau cacat bawaan) Sindrom Proteus, yang juga
menyebabkan tumor tetapi tidak sama seperti neurofibromatosis Huang .
"Kes yang paling terkenal adalah seorang lelaki yang
bernama Yusuf Merrick, yang dikenali sebagai 'lelaki gajah'," kata Vukelj,
dengan bertujuan untuk menjernihkan kekeliruan tentang "lelaki gajah".
"beliau beranggapan mempunyai NF [neurofibromatosis], jadi itu sebabnya mengapa ia sering dipanggil
penyakit manusia gajah, tetapi itu tidak betul. "
SUMBER: http://www.nydailynews.com/
No comments:
Post a Comment