New York – Siapa memerlukan lebih banyak
tidur, wanita atau lelaki? Penyelidik Amerika Syarikat berkata mereka memiliki
jawapannya: Otak wanita memerlukan lebih banyak masa untuk pulih kerana
melakukan banyak tugas pada siang hari.
Saintis Universiti Duke di North Carolina, mendapati wanita
kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah.
Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat
cukup tidur, menurut Science World Report.
Kajian sebelumnya turut mengaitkan faktor kurang tidur kepada
risiko penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh.
Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita
yang kurang tidur mendapat radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mereka
mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur.
Dr Breus berkata wanita boleh mengelak sesetengah masalah
dikaitkan dengan kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang.
Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak seharusnya lebih
lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk.
“Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih
dan membaikinya sendiri,” kata Prof Jim Horne, pengarah Pusat Penyelidikan
Tidur di Universiti Loughborough.
“Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang
bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan
dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan.
“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak
ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya.
Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan
lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. - AGENSI
No comments:
Post a Comment