Tuesday, 24 December 2013

NOVEL: Dalam Hati Ada Dia?


TAJUK : Dalam Hati Ada Dia?

PENULIS : Illa Shanahila

PENERBIT : Penulisan2U

HARGA : SM :- RM24.00          S/S :- RM27.00      

SINOPSIS : Dalam hati ada dia? – Sebuah novel yang santai, ringan dan menghiburkan. Pembaca akan berasa seolah olah Dalam hati ada taman, Dalam hati ada bunga, Dalam hati ada rama-rama, Dalam hati ada bunyi kompang. Dalam hati ada ayat-ayat sengal!. Homai...homai...homai...

Plot permulaan berkisar pertemuan antara Senah dengan Dollah (bukan nama sebenar) di stesen KTM. Dollah yang tiada tukaran duit syiling untuk membayar tambang Komuter telah meminta bantuan Senah. Senah yang terburu-buru hendak menaiki tren terakhir ke Pelabuhan Klang telah memberi duit syiling kepada Dollah dengan beg dompetnya sekali dan di dalam beg dompet tersebut terdapat “Rantai Kunci Hati” milik Senah yang berharga seringgit setengah. Rantai Kunci tersebut merupakan rantai kunci plastik berbentuk hati dan berwarna kuning metalik sangat sesuai diletakkan pada telefon bimbit (lihat cover novel). Namun, kalau dah takdir, maka berlakulah pertemuan demi pertemuan antara Senah dengan Dolah. Nama sebenar si Senah ni ialah Wanda Nurhannah Syukri, dan si Dollah ialah Nick Rayyan Lee bin Adam Lee.

Bagi Wanda, penampilan Nick dengan rambut yang panjang melepasi bahu, mengerbang , jaket lusoh, seluar warna coklat tua dan berselipar Jepun tak ubah seperti orang kurang siuman dan membimbangkan Wanda untuk mendekati Nick.

“Nama apa? – Nick

Senah,” – Wanda

“Hei...hei... Saya ada namalah” – Nick

“Saya nak panggil apa ni?” – Wanda

“Panggil saya Dollah.” - Nick

Setiap orang ada impian begitu juga Wanda. Dua sahaja impiannya dalam hidup iaitu satu untuk menjadi kaya dan dua tidak perlu bekerja. Duduk goyang kaki dekat rumah dan duit dalam akaun bank penuh setiap bulan. Tapi baginya dua impiannya hanya angan-angan sahaja bak kata Wanda seperti mengisi minyak motor seringgit, angan-angan nak pergi ke angkasa.

Pada awal perkenalan, Wanda merasakan si Dollah orang biasa biasa sahaja taraf-taraf dirinya yang pergi dan balik kerja naik Komuter. Tapi sangkaan Wanda silap belaka kerana si Dollah merupakan seorang yang sangat kaya dan penasihat utama tuan punya syarikat di tempat Wanda bekerja! Tambahan pula, Dollah juga mempunyai firma arkiteknya sendiri.

Pertemuan-pertemuan awal antara Senah dengan Dollah.

“Kenapa ikut saya sampai sini, hah?” – Senah

“Saya tak ikut awak la.” – Dollah

“Awak jangan ikut saya lagi. Sekarang , turun balik pergi ground floor, balik di tempat mana awak datang. Dan jangan naik tingkat 20 kalau awak tak nak kena halau” – Senah.

Ayat-ayat sweet Dollah dengan Senah

“Selagi tak dapat sain persetujuan tue, selagi tue la awak buat muka jeruk macam ni. I can’t stand seeing you like this.” And I don’t like jeruk.” – Dollah

Hidung tiba-tiba terasa kembang. Wahai Encik Dollah, I love you la! – Senah

“saya tengah rehat. Kerja sangat awesome sebab awak tak ada! – Senah

“Saya tahu awak bosan dan asyik intai situ dan sini. Tunggu saya datang kan? – Dollah

“Cik Senah, stop it la...Berhenti kerja ni. Penat, tahu? – Dollah
“Saya kena kerja juga. Saya mana ada gaji puluh-puluh ribu macam awak” – Senah

“Saya boleh aje nak tanggung awak sepanjang hidup, lupa? – Dollah

“Jom kahwin.” – Dollah

Nick ajak aku kahwin...akhirnya....HOMAI! – KOMPANG DAH BERTUKAR IRAMA – Aku pun terjelepok jatuh dari awan. – Senah.

Nick Rayyan Lee bagai bayang-bayang kepada Wanda. Di mana ada Wanda di situ ada Nick. Setelah dua hati bertaut DALAM HATI SELALU ADA DIA. Selalu ada perasaan bunyi kompang di sekeliling Wanda. Wanda berasa seperti terbang di udara, berlari-lari dekat awan yang selembut kapas. Berenang-renang di dalam coklat manis yang bertaburan strawberi! Aduhai Senah!

Wanda yang telah jatuh cinta dengan Nick akhirnya terpaksa melupakan Nick kerana kehadiran Safiyya dan penghinaan Nick terhadap dirinya. Ketika Nick menghina Wanda, pembaca seolah-olah dapat merasai kesakitan itu. Sedih!.

“No one la Ayah Amin. Perempuan biasa aje. Tak ada benda menarik pun dalam diri dia. Tak pernah dia capai apa-apa dalam hidup dia. Dia kalut, kalut sangat. Lurus pula tu. Segala benda dia buat tak pernah menjadi. Apa nama benda ni pun dia tak tahu..” – Nick

“Phone Charm?” Anak ayah Amin ni dah bosan tengok model agaknya. Sebab tu nak cari yang biasa kan?” – Ayah Amin

Muka aku tiba-tiba terasa panas. Sejuk. Ketat. Apa ni? Nick tak patut cerita benda tu dekat orang. Itu rahsia aku. Penat aku mengarang rasa sayang. Penat aku mengarang angan-angan. Rupa-rupanya ini cerita di sebaliknya. Dan aku tak kuat. Ya Allah. Air panas terasa bertakung di kelopak mata. – Wanda.

Hubungan mereka menjadi lebih dingin apabila Fahim, rakan seuniversitinya dahulu mula kembali menagih kasih Wanda dan mengambil kesempatan ketika Wanda hilang ingatan. Mengapakah Wanda hilang ingatan? Adakah Nick akan meneruskan hubungannya dengan Safiyya? Berjayakah Fahim menagih kembali kasih Wanda? Berjayakah Wanda meraih kedua-dua impiannya? Adakah kasih antara Senah dan Dollah akan kembali bertaut sekiranya Senah masih hilang ingatan? Adakah Senah akan memperoleh ingatannya semula?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...