Solat - Ibarat Batang Mancis
Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. Asuhannya ialah dengan menggunakan batang mancis. 17 batang mancis bersamaan 17 rakaat.
Caranya seperti gambar dibawah :
- Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. Ayah saya cakap kalau
subuh saya tidak solat, saya jalan tiada kepala.
- Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian lengan. Seolah saya
berjalan tiada tangan.
- Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian dada. Ayah saya cakap
saya kalau tidak solat asar jalan tiada dada.
- Jika tidak solat maghrib, buang 3 batang mancis di bahagian perut. Jadi jalan
tiada perut serupa hantu dah.
- Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan tiada kaki ibarat cacat anggota.
Kesimpulannya :
Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat kita tidak sempurna, maka cacat lah kita ini
SUMBER:
No comments:
Post a Comment