- Tidur lebih awal pada malam Ahad dan elakkan aktiviti luar pada malam itu. Sebaik-baiknya pilih hari Sabtu untuk keluar bersama keluarga.
- Lakukan persiapan untuk keesokan hari lebih awal (bukan pada waktu pagi Isnin ya!)
- Bertenang dan tarik nafas setiap kali bangun pagi. Jangan lupa berdoa selepas solat subuh agar diberi kekuatan dan semangat untuk menempuh kehidupan hari ini.
- Bersenam setiap pagi sememangnya diketahui akan manfaatnya untuk kesihatan tubuh.
-
- Sebelum keluar rumah, jangan lupa berniat di dalam hati. Mulakan dengan Bismillah...dan lebih utama niatkan dalam hati apa yang kita lakukan adalah kerana Allah.
- Jika timbul rasa malas, bosan dan tidak bersemangat, cepat-cepat sedarkan diri anda. Buka minda dan hati.
- Hayati keindahan alam mampu mengundang ketenangan. Hirup udara segar di pagi hari dan bersyukurlah masih dipanjangkan usia dan mengagumi ciptaan-Nya.
- Mulakan sarapan di pagi Isnin dengan secawan kopi atau teh panas.
- Bayangkan perkara-perkara positif di tempat kerja pada malam Ahad. Jangan bertangguh kerja dan jika berlaku kesilapan, jangan rasa takut kerana manusia belajar menerusi kesilapan.
- Kemaskan ruang kerja pada hari Jumaat sebelum pulang dari kerja bagi memastikan mood dalam keadaan baik pada pagi Isnin.
- Fikirkan idea-idea kreatif yang boleh aplikasi di tempat kerja esok hari. Jika sukses, jangan lupa ucap tahniah untuk diri sendiri ya!
- Dari segi penampilan diri, boleh ubah suai asalkan masih kelihatan sopan dan anggun.
- Amalkan gaya hidup sihat iaitu pemakanan dan diet yang betul, bersenam secara konsisten dan sentiasa berfikiran positif.
- Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.
Sunday, 22 December 2013
TIPS: 15 Tips Tangani “Monday Blues”
Labels:
Monday Blues,
tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment