Showing posts with label pencuri. Show all posts
Showing posts with label pencuri. Show all posts

Wednesday, 11 December 2013

LUAR NEGARA: Pencuri jatuh cinta dengan mangsa

Chaoyang: Seorang pencuri jatuh cinta dengan pemilik laptop yang dicurinya tetapi hasratnya keluar bersama mangsa tidak kesampaian selepas ditahan polis.

Suspek itu yang bernama Yang, 20, mungkin tidak menyangka anggota polis hadir bersama wanita berkenaan di tempat pertemuan mereka.

Mangsa tidak mempercayai Yang meskipun lelaki itu berjanji memulangkan laptopnya.

Yang didakwa mencuri laptop itu yang berharga 2,300 yuan (RM1,150) pada September lalu selepas masuk ke dalam pangsapuri mangsa menerusi tingkap yang tidak bertutup di daerah ini.

Yang kemudian jatuh hati dengan mangsa selepas menatap banyak gambar wanita itu dalam laptopnya dan menghubungi mangsa menerusi program bual bicara online.

Dia kemudian berjanji kepada wanita itu untuk memulangkan laptopnya jika dia setuju keluar bersamanya.

Bagaimanapun, mangsa segera menghubungi polis dan memberitahu tempat dan masa pertemuan itu membolehkan polis menahan Yang yang membawa laptop itu. AGENSI


SUMBER: http://www.bharian.com.my/

Tuesday, 15 October 2013

LUAR NEGARA: Pencuri yang 'baik hati'

Shanghai: Sebuah keluarga di Shanghai yang pulang daripada bercuti pada percutian Minggu Kebangsaan mendapati kediaman mereka dipecah masuk dan pencuri turut mencuri makanan, pakaian serta barang elektronik.

Akhbar Xinmin Evening News melaporkan perkara yang paling mengejutkan keluarga itu ialah pencuri sempat mencuci baju kotor mereka sebelum beredar.

Keluarga itu yang bercuti seminggu hingga 3 Oktober lalu mendapati skrin televisyen LED, pakaian dan makanan mereka hilang.

Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan pencuri turut memasak. Si isteri yang dikenali sebagai Zhao terkejut apabila mendapati pakaian suaminya dicuci dan dijemur.

Ketika memeriksa kediaman itu, polis menemui sebilah pisau dan dadah yang dipercayai milik suspek. - Agensi



SUMBER: hmetro


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...