Saturday, 4 April 2015

RESEPI AYAM MASAK HALIA


RESEPI AYAM MASAK HALIABahan-Bahan:500 gram ayam, potong kecil4 ulas bawang putih, hiris nipis2 cm halia, dihiris...
Posted by Kerja Dari Rumah on Thursday, April 2, 2015



BAHAN-BAHAN:
  • 500 gram ayam, potong kecil
  • 4 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 2 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
  • 1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak, untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit
  • garam dan gula, secukup rasa


CARA PENYEDIAAN:
  • Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  • Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).
  • Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  • Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan tabur dengan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.


TIPS:
  • Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...