Tuesday 21 January 2014

NUSAJAYA: Ibu Rela Dan Sedia Bilik Untuk Anak Berzina


Nusajaya : Seorang ibu dikatakan membenar dan menyediakan bilik untuk anak gadisnya melakukan kegiatan maksiat dengan membawa balik teman lelakinya.

Ibu berkenaan didakwa berbuat demikian bagi mengelakkan anaknya dicekup buat kali kedua oleh penguat kuasa Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Bagaimanapun perbuatan terkutuk ibu dan anaknya itu terbongkar selepas intipan MAIJ dan Jawatankuasa Surau Taman Nusantara, baru-baru ini.

Pengerusi Biro Keselamatan Taman Nusajaya, Ismail Rejab, 46, berkata serbuan dijalankan ke rumah dua beranak itu kira-kira jam 5 pagi dan ketika diserbu teman lelaki gadis itu tidur di tingkat bawah manakala teman wanitanya di tingkat atas.

“Pasangan berusia 20-an itu seolah-olah mendapat lesen daripada ibu gadis itu apabila kerap membawa balik teman lelaki pada siang mahupun malam. Kami juga difahamkan ibu itu membenarkan mereka berdua-duaan di rumah.

“Ibu gadis itu berusia 50-an mengakui kesilapan membiarkan anaknya bebas bergaul hingga membawa balik teman lelaki dan berjanji akan mengawasi kegiatan anak perempuannya,” katanya sambil memaklumkan anak wanita itu juga diberi kaunseling supaya tidak mengulangi perbuatannya.

Sementara itu, Ismail berkata, terdahulu pihaknya membuat serbuan ke sebuah kediaman seorang gadis, 20, yang tinggal bersama rakannya, kira-kira jam 3.30 pagi.

Menurutnya, gadis itu mengambil masa setengah jam membuka pintu rumah.

“Selepas diberi amaran, gadis itu memakai kemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu sebelum pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 23 tahun berasal dari Kampung Melayu, Gelang Patah berada di dalam bilik tidurnya.

Pasangan itu diserahkan kepada pegawai pencegah maksiat JAIP manakala teman serumah wanita itu diambil keterangan kerana disyaki bersubahat,” katanya, menurut sumber Antarapos. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...