Tuesday 21 January 2014

DUNGUN: Kanak-kanak perempuan ditemui mati berlumuran darah

Dungun : Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan dua tahun ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang tadi.

Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah rumah berkenaan.

Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.

Pengawal keselamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

kira-kira tiga hari lepas ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya itu sewaktu berjumpa seorang rakan di sebuah restoran kira-kira pukul 7.30 malam.

Dikatakan dia hanya meninggalkan anaknya di dalam kereta kira-kira lima minit sebelum mendapati anaknya itu tiada dalam kenderaan tersebut.

Menurut sumber, ibu berkenaan juga memaklumkan pernah menerima ugutan daripada seorang lelaki berkaitan dengan masalah hutang. – Mynewshub.my

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...