Monday 20 January 2014

TEKNOLOGI: Kanta sentuh pintar, ukur paras gula

Google sedang menguji satu prototaip bagi kanta lekap pintar yang dibina untuk mengukur glukosa menggunakan air mata secara berterusan dengan menggunakan cip tanpa wayar dan sensor glukosa bersaiz kecil

SYARIKAT enjin pencari gergasi, Google kini melangkah setapak lagi dengan menceburi bidang perubatan menerusi ciptaan kanta sentuh pintar radikal yang direka khas untuk penghidap diabetes / pesakit kencing manis.

Google mendedahkan kanta sentuh pintar yang boleh memantau air mata pesakit diabetes untuk memeriksa tahap glukosa mereka:
  • Lensa boleh memantau tahap glukosa daripada pesakit kencing manis
  • Analisis tahap glukosa dari air mata mereka
  • Cahaya LED kecil memberi amaran kepada pemakainya jika tahap glukosa rendah
  • Projek ini dibangunkan secara rahsia di makmal Google X
  • berharap untuk membangunkan aplikasi lain untuk kanta sentuh pintar, yang boleh  menunjukkan kepada pemakai jenis maklumat dan skrin kecil.

Cip itu mengandungi sensor, cip dan antena
untuk membolehkan pemakai mengetahui paras glukosa
mereka rendah dan pada tahap bahaya

Kanta lekap dilengkapi cip tanpa wayar dan sensor glukosa miniatur tersebut direka khas untuk mengukur paras gula menerusi titisan air mata.


Difahamkan, lubang jarum pada kanta sentuh pintar itu membolehkan cecair dari permukaan mata meresap ke dalam sensor dan cip yang tertanam pada dua lapisan lembut kanta lekap tersebut.


Google mendakwa ujian lebih kerap dengan kanta sentuh terbabit mampu mengurangkan risiko penyakit seperti kegagalan buah pinggang dan buta.

'Anda mungkin pernah mendengar bahawa penyakit kencing manis adalah satu masalah yang besar dan semakin serius, yang boleh mempengaruhi seorang dalam setiap 19 orang di planet ini,' kata Google dalam blog post semasa mengumumkan penyelidikannya.

'Tetapi anda mungkin tidak biasa dengan kehidupan harian orang ramai yang berdepan dengan diabetes ketika mereka cuba untuk mengawal tahap gula dalam darah mereka berada bawah kawalan.

'Gula dalam darah yang tidak terkawal meletakkan seseorang berisiko untuk pelbagai komplikasi berbahaya, sama ada dalam jangka pendek atau jangka panjang, termasuklah kerosakan pada mata, buah pinggang dan jantung.

Proses ini bermula dengan cip kecil, yang kemudiannya dipasang pada gegelang dengan antena dan sensor, dan akhirnya dipasang pada lensa

Pengasas projek itu, Brian Otis dan Babak Parviz, berkata mereka berharap teknologi itu menjadi perkara biasa pada akhirnya.


Pakar endokrinologi Yayasan Perubatan Palo Alto, Dr Larry Kevin menyifatkan ia sebagai ciptaan luar biasa kerana dihasilkan sebuah firma teknologi seperti Google.

Teknologi ini terletak di antara dua kanta

"Ia adalah alternatif baharu berbanding ujian cucuk jari yang kadangkala menyebabkan pesakit berasa tidak selesa," katanya dipetik dari laporan AP.

Sementara itu, penganalisis Penyelidikan Renub menjangkakan pasaran pemantau paras gula dalam darah mampu mencapai lebih AS$16 bilion (RM53 bilion) menjelang akhir tahun ini. SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...