Saturday 18 January 2014

JEDDAH: Ingin suami kacak, dapat laki tua


Jeddah : Seorang bapa menipu anak perempuannya yang berusia 17 tahun dengan membawa pulang lelaki muda yang kacak untuk dijadikan bakal suami kepada remaja itu.

Bagaimanapun, selepas majlis perkahwinan berlangsung, gadis itu terkejut apabila mendapati suaminya ialah lelaki yang berusia 80 tahun, lapor akhbar harian Sabq.

Ketika bapa remaja itu menghantar anak perempuannya untuk menaiki pesawat bagi berbulan madu dengan suaminya itu, gadis terbabit melarikan diri dan terus menuju ke balai polis.

Gadis dari Jazan itu membuat laporan polis yang bapanya sudah menipunya dengan membawa lelaki muda sebagai calon suaminya.

“Namun, selepas majlis perkahwinan selesai, dia terkejut apabila mendapati suaminya berusia kira-kira 80 tahun,” kata akhbar berkenaan.

Gadis berkenaan juga memberikan polis rakaman yang menunjukkan bapanya mengancam dia agar pergi berbulan madu dengan suaminya yang tua itu ke Madinah.


Menurut sumber jabatan agama, perkahwinan gadis itu akan dibatalkan kerana terdapat isu penipuan. SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...