Monday 20 January 2014

MEXICO: Paus kelabu kembar siam

Bangkai anak ikan paus adalah lebih kurang 7 kaki panjang,
berbanding ukuran biasa antara 12-16 kaki untuk bayi ikan paus kelabu.

Mexico : SEEKOR ikan paus kelabu kembar siam atau berkepala dua ditemui mati di pesisir pantai Laguna Ojo de Liebre, Mexico.


Ahli saintis di Lagoon Scammon Mexico atau Laguna Ojo de Liebre terserempak anak ikan paus yang tidak bermaya, didapati telah keguguran kerana kecacatan yang dialami mereka.


Penemuan pertama kali paus kelabu atau nama saintifiknya Eschrichtius robustus mengejutkan saintis marin.


Saintis American Cetacean Society Alisa Schulman-Jangier berkata, dilahirkan tidak cukup bulan atau keguguran.


Bangkai anak ikan paus itu dikumpulkan untuk analisis selanjutnya.


Ikan paus kelabu akan mengunjungi lagun di sepanjang semenanjung Baja California, selepas pelayaran hampir 6,000 batu dari perairan Artik.


Mereka melahirkan anak di lagun atau semasa perjalanan ke arah selatan, dan mereka menjaga anak mereka selama beberapa minggu sebelum memulakan pelayaran balik ke arah utara di Chukchi dan Bering seas.


NOAA menyatakan populasi paus kelabu Pasifik dianggarkan sebanyak 21,000.


Majoriti anak paus dilahirkan pada minggu terakhir bulan Disember dan 2 minggu pertama bulan Januari.


“Anak paus itu memiliki satu badan dengan dua kepala. Paus itu hanya berukuran 2.1 meter berbanding ukuran normal 3.6 hingga 4.8 meter yang biasanya terdapat di perairan Artik," katanya, menurut laporan National Geographic.


Menurutnya, kehadiran paus spesies tersebut di perairan Mexico merupakan perkara luar biasa berbanding spesies minke yang biasa ditemui terutamanya ketika musim mengawan. SUMBER


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...