Sunday 19 January 2014

KOTA TINGGI: Mayat reput, berulat ditemui


Kota Tinggi : Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan reput dan berulat di sebuah rumah di Felda Pasir Raja di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata, mayat Ashri Yusof, 40, ditemui abang iparnya Misnan Tuminar yang berkunjung ke rumah peninggalan ibu mertuanya itu di mana Ashri tinggal bersendirian.

"Sebaik sahaja tiba di perkarangan rumah itu, saksi terhidu bau busuk mencurigakan dan memaklumkan kejadian itu kepada polis," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya tidak mengesyaki sebarang perlakuan jenayah terhadap mangsa.

Rahmat berkata, mayat anak bongsu daripada empat beradik dan masih bujang itu dihantar Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Felda Pasir Raja, malam tadi. – Bernama

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...