Saturday 18 January 2014

Dubai padam 45 minit babak dalam filem The Wolf of Wall Street


FILEM "The Wolf of Wall Street" terbitan Riza Aziz Sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila pihak berkuasa Dubai memadam kira-kira 45 minit babak dalam filem tersebut, dilaporkan kerana mengandungi adegan lucah yang keterlaluan.

Portal Britain, Daily Mail melaporkan, selain aksi lucah, turut dipadamkan dalam filem tersebut ialah dialog mengandungi perkataan kurang sopan diucapkan yang tidak bersesuaian dengan budaya Timur Tengah.

Pengkritik filem menyatakan filem yang keterlaluan mengangkat citra 'dadah, seks dan wang itu turut merakamkan lebih 500 kali penggunaan perkataan kurang sopan, yang diistilahkan sebagai 'f-bomb'.

Juma al-Leem, pengarah kandungan media National Media Center berkata, penapis filem di UAE termasuk Dubai lazimnya membuang babak atau penggunaan bahasa yang dianggap mencela, berbahaya kepada keselamatan negara selain adegan keterlaluan.

Laporan Daily Mail turut memetik komen penonton wanita di laman Facebook Reel Cinemas, pengendali dua pawagam di Dubai yang terpaksa keluar selepas 40 minit tayangan, kerana filem tersebut disifatkannya menjengkelkan dan 'tidak boleh ditonton'.

Filem 'The Wolf Of Wall Street' lakonan bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio Jonah Hill, Margot Robbie and Matthew McConaughey menelan belanja USD100 juta (RM325 juta)


Menurut Keadilandaily, Riza merupakan anak Rosmah bersama bekas suami pertamanya, Abdul Aziz Nong Chik yang sebelum ini dilaporkan membeli satu unit kondominium mewah berharga RM 100 juta di New York — EdisiRakyat.com  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...