Saturday 11 January 2014

UNIK: Seni Salji Unik



Dengan hanya menggunakan kompas dan kaki, seorang artis sanggup berjalan lebih 40 kilometer dalam masa 10 jam di atas permukaan salji untuk menghasilkan corak yang unik dan menarik.

Walaupun ia mengambil masa 10 jam untuk melengkapkan sekeping karya, ia boleh dipadamkan dalam masa beberapa minit dengan salji yang baru turun.

Artis dari Bracknell, Berkshire, tidak memerlukan berus atau cat untuk reka bentuk beliau - hanya menggunakan kompas ekspedisi dan sepasang kasut salji.

Pereka Peta mendapati terdapat ruang di antara rumah persinggahan dan pergunungan di pusat peranginan ski di Perancis, di mana beliau tinggal di situ semasa musim ski, untuk mencipta reka bentuk tersebut.



Beliau mencipta corak yang amat terperinci dan berbentuk geometri - yang kelihatan seperti bulatan tanaman.

Mengambil kira beberapa aspek, corak geometri besar yang dilukis memaparkan imej yang berbeza jika dilihat dari pelbagai sudut.

Dia menciptakan sesuatu yang kelihatan berbeza, corak matematik yang memberi kesan yang berbeza apabila dilihat dari sudut yang berbeza dan pada waktu yang berbeza di siang hari.

"Selalunya saya meniru reka bentuk seperti lingkaran misteri pada ladang tanaman atau bentuk geometri yang terkenal. Sebahagian bentuk yang lebih rumit memerlukan banyak kajian bagi menghasilkan corak yang menakjubkan," katanya dipetik Daily Mail


Simon melakar corak pada kertas graf, seterusnya meninjau tapak dan menilai di mana titik utama reka bentuk harus diletakkan, dan bermula dengan salah satu titik tersebut.


Selepas melukis corak dikehendaki pada kertas graf, Beck akan mengira jarak setiap titik dari bahagian pusat ke titik yang lain bagi menentukan berapa langkah yang perlu diambil untuk menghasilkan garisan, lengkungan dan lekuk tersebut. SUMBER

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...