Thursday 23 January 2014

BEIJING: Bawa ayah lumpuh masuk universiti


Beijing : Seorang pelajar China Guo Shijun merayu pihak berkuasa universiti agar membenarkan bapanya yang lumpuh tinggal di bilik asramanya sepanjang penggal pengajian.

Guo yang tidak mahu menangguhkan pengajiannya kerana terpaksa menjaga bapanya yang lumpuh dan ibu yang sakit terpaksa membuat permohonan pengecualian itu. Disebabkan dia berjaya mendapat tempat di universiti terbaik dan pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi itu kagum dengan dedikasinya menghadapi kesukaran dalam hidup, mereka membenarkan dia membawa bapanya ke asrama universiti bagi meringankan beban yang ditanggungnya.
 
GUO terpaksa menjaga ibunya sejak masih kecil
dan kini perlu menjaga bapanya yang lumpuh


Guo, 20, yang berasal dari keluarga miskin menjalani zaman kanak-kanak dengan penuh kesukaran. Ibunya menghidap sakit mental selepas diserang meningitis ketika Guo masih kecil. Dia dan bapanya terpaksa bergilir-gilir menjaga ibunya. Walaupun dibebani tanggungjawab besar ketika kecil. Guo tetap berupaya memperoleh gred tertinggi di sekolah.

Nasib yang menimpa Guo bertambah buruk apabila bapanya yang bekerja sebagai buruh binaan terbabit dengan nahas ketika bekerja. Bapanya terjatuh 15 meter dari struktur jambatan yang dibina di Liuan, wilayah Anhui menyebabkan lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Sejak kejadian itu, datuk dan nenek Guo mengambil alih tugas menjaga ibunya, tetapi tidak mampu untuk turut menjaga bapanya. Kerana itu, Guo terpaksa menyewa sebuah bilik kecil berhampiran asrama universitinya dan membawa bapanya tinggal bersama-samanya bagi memudahkan dia menjaga bapanya.



Untuk membiayai pengajiannya di universiti, Guo meminjam wang daripada rakan dan saudara-maranya. Kos ini, berjumlah £2000 setahun untuk tuisyen sahaja, tidak termasuk makanan, bil-bil dan kos penjagaan untuk ibu bapanya. Meskipun tidak berkemampuan untuk membiayai kos pelajaran, beliau berjaya mendapat biasiswa dengan usahanya sendiri.
 
GUO turut memasak untuk bapanya di asrama universiti.



Bercakap mengenai pengalaman beliau, Shijun berkata: 'Saya tidak boleh berkata bahawa hidup ini mudah tetapi satu-satunya jalan keluar dari masalah ini ialah melalui kerja keras, jadi saya tidak merungut. "Saya rasa selepas menamatkan pengajian keadaan akan menjadi lebih baik. hmetro dailymail

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...