Showing posts with label beijing. Show all posts
Showing posts with label beijing. Show all posts

Sunday, 23 February 2014

BEIJING: Budak 6 tahun beli kereta untuk teman wanita

Beijing : Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilihat minggu lalu bersama-sama “teman wanitanya” di sebuah kedai dengan membawa duit yang banyak untuk membeli kereta elektrik.

Dia yang pergi ke kedai berkenaan Khamis lalu meminta pengurus kedai memberinya kereta elektrik yang paling mahal.

Pekerja kedai itu berkata, “Saya nampak dia mengeluarkan satu sampul dan menyatakan yang dia tidak cukup duit. “Dia membawa hampir 10,000 yuan (RM5,430),” menurut pekerja kedai berkenaan.

“Saya tidak boleh menjualnya kepada kanak-kanak, Saya suruh dia membawa ibu bapanya. Tetapi dia berkata, ayahnya bercuti. Dia mahu mencuba kenderaan itu,” katanya.

Masih belum dapat dipastikan dari mana kanak-kanak itu mendapat wang berkenaan tetapi melihat pada sampul merah yang dibawanya, duit itu mungkin dikumpulnya hasil pemberian anggota keluarga ketika Tahun Baru China atau diambil daripada ibu bapanya. Orang ramai yang berada di situ merakam gambar kanak-kanak berkenaan mencuba pelbagai jenis motosikal bersama “teman wanitanya” tetapi pekerja kedai berkenaan enggan menjual kenderaan itu. - Agensi

Sunday, 9 February 2014

BEIJING: Memotong kedua-dua telinga dan mengelar rahang anak saudara



BEIJING : Seorang wanita ditahan semalam kerana memotong kedua-dua telinga dan mengelar rahang anak saudaranya hanya kerana berselisih faham dengan ibu bapa mangsa.

Zhang Qihui, 35, ditahan selepas mencederakan mangsa yang berusia enam tahun.
Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, kejadian berlaku di Hubei pada 28 Januari lalu, tetapi Zhang hanya ditangkap semalam.

Xinhua melaporkan, ayah budak lelaki terbabit (yang tidak disiarkan identitinya) enggan meminjamkan wang kepada adiknya yang juga suami Zhang.

Wang itu diperlukan bagi membantu pasangan suami isteri terbabit membina rumah.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada kegagalan meminjam wang menjadi punca Zhang menyerang mangsa.

Difahamkan, Zhang menyerang kanak-kanak itu menggunakan pisau selepas memujuk mengikutnya ke lorong di belakang rumah mereka.

Gambar muka mangsa yang berlumuran darah akibat kecederaan teruk tersebar di laman sosial dan menimbulkan kemarahan pengguna Internet.

“Tindakan psiko dan tidak berhati perut!

“Sanggup dia lakukan sebegitu terhadap budak yang tiada kaitan langsung dengan pergaduhan orang dewasa di sekelilingnya.

“Kasihan kanak-kanak ini dan ibu bapanya,” kata pengguna Internet.

Ramai menuntut supaya suspek dihadapkan segera ke muka pengadilan.

Akibat kecederaan parah, doktor hanya mampu mencantum semula satu daripada telinga mangsa.

Kejadian itu berlaku enam bulan selepas seorang kanak-kanak lain, Bin Bin, dikorek matanya oleh ibu saudaranya.



Dalam kejadian Ogos lalu, orang ramai dari dalam dan luar negara mendermakan wang bagi membolehkan Bin Bin mendapat mata palsu.


Ibu saudara Bin Bin bagaimanapun membunuh diri beberapa hari selepas serangan itu.- DailyMail

Friday, 31 January 2014

BEIJING: Kitar 9 juta botol plastik untuk biayai pengajian anak-anak



Beijing : Sepasang suami isteri sanggup mengitar semula botol plastik sejak 10 tahun lalu semata-mata mahu memastikan dua anak lelaki mereka mendapat pendidikan sempurna sehingga peringkat universiti.

Zhu dan isterinya Liu menganggarkan mengitar semula hampir sembilan juta botol plastik dan lebih 20 tan bahan plastik sejak 10 tahun yang lalu.



“Kami sanggup melakukan apa saja demi pendidikan anak kami. Mr Zhu, berasal dari wilayah Jiangxi tetapi kini tinggal di bandar Hengyang, Hunan, memberitahu 21CN.

“Malah kejayaan mereka juga akan menguntungkan negara ini supaya menjadi individu yang berpendidikan tinggi dan dihormati,” katanya.



Setiap hari, bagi memastikan botol dikutip boleh dikitar semula, Liu membuka label setiap satu menggunakan tangannya sebelum diasingkan mengikut warna.

Hasilnya, anak sulung mereka kini mempunyai PhD dan bakal menyambung pengajiannya di Jerman.



Zhu berkata, pada 2006 anak bongsunya yang berada di Hunan Normal University College of Commerce untuk tahun ketiga pengajiannya tiba-tiba mahu berhenti belajar dan memulakan perniagaan.

“Saya risau dengan keputusannya dan memujuknya menumpukan perhatian terhadap pelajarannya.

“Duit boleh dicari kemudian,” katanya. - Agensi



UNIK: Kait pakaian guna rambut


Beijing : Seorang pesara guru yang tinggal di Chongqing menghabiskan 11 tahun mengait baju sejuk dan topi yang diperbuat daripada rambutnya sendiri.

Ia sebahagian daripada usaha menyimpan kenangan zaman mudanya.

Menurut laporan media tempatan, wanita bernama Xiang, 60, itu mengumpul kira-kira 110,000 helai rambutnya yang gugur sejak berusia 34 tahun sebelum mengait baju sejuk seberat 382 gram.

XIANG memakai baju sejuk dan topi yang dikait menggunakan rambutnya.


Dia turut mengait sehelai topi seberat 119 gram untuk suaminya.

Xiang telah mengumpulkan rambutnya apabila ia gugur sejak usia 34 tahun.

Xiang berkata, dia menyimpan semua rambutnya yang melekat di sikat setiap hari dan mula menggunakan rambut itu untuk mengait pada 2003.

baju sejuk dan topi.


Setiap helai rambut yang dikaitnya sepanjang 70 hingga 80 sentimeter, manakala 15 helai rambut digunakan untuk membuat satu gumpalan benang bulu.

“Kaedah ini tidak sukar dilakukan. Rahsianya ialah kesabaran dan kesungguhan,” katanya.

Xiang juga ingin mengambil bahagian dalam rancangan “China’s Got Talent” bagi mempamerkan hasil baju sejuk yang siap dikaitnya.- Agensi

Thursday, 23 January 2014

BEIJING: Bawa ayah lumpuh masuk universiti


Beijing : Seorang pelajar China Guo Shijun merayu pihak berkuasa universiti agar membenarkan bapanya yang lumpuh tinggal di bilik asramanya sepanjang penggal pengajian.

Guo yang tidak mahu menangguhkan pengajiannya kerana terpaksa menjaga bapanya yang lumpuh dan ibu yang sakit terpaksa membuat permohonan pengecualian itu. Disebabkan dia berjaya mendapat tempat di universiti terbaik dan pihak pentadbiran institusi pengajian tinggi itu kagum dengan dedikasinya menghadapi kesukaran dalam hidup, mereka membenarkan dia membawa bapanya ke asrama universiti bagi meringankan beban yang ditanggungnya.
 
GUO terpaksa menjaga ibunya sejak masih kecil
dan kini perlu menjaga bapanya yang lumpuh


Guo, 20, yang berasal dari keluarga miskin menjalani zaman kanak-kanak dengan penuh kesukaran. Ibunya menghidap sakit mental selepas diserang meningitis ketika Guo masih kecil. Dia dan bapanya terpaksa bergilir-gilir menjaga ibunya. Walaupun dibebani tanggungjawab besar ketika kecil. Guo tetap berupaya memperoleh gred tertinggi di sekolah.

Nasib yang menimpa Guo bertambah buruk apabila bapanya yang bekerja sebagai buruh binaan terbabit dengan nahas ketika bekerja. Bapanya terjatuh 15 meter dari struktur jambatan yang dibina di Liuan, wilayah Anhui menyebabkan lelaki itu lumpuh dari paras pinggang ke bawah. Sejak kejadian itu, datuk dan nenek Guo mengambil alih tugas menjaga ibunya, tetapi tidak mampu untuk turut menjaga bapanya. Kerana itu, Guo terpaksa menyewa sebuah bilik kecil berhampiran asrama universitinya dan membawa bapanya tinggal bersama-samanya bagi memudahkan dia menjaga bapanya.



Untuk membiayai pengajiannya di universiti, Guo meminjam wang daripada rakan dan saudara-maranya. Kos ini, berjumlah £2000 setahun untuk tuisyen sahaja, tidak termasuk makanan, bil-bil dan kos penjagaan untuk ibu bapanya. Meskipun tidak berkemampuan untuk membiayai kos pelajaran, beliau berjaya mendapat biasiswa dengan usahanya sendiri.
 
GUO turut memasak untuk bapanya di asrama universiti.



Bercakap mengenai pengalaman beliau, Shijun berkata: 'Saya tidak boleh berkata bahawa hidup ini mudah tetapi satu-satunya jalan keluar dari masalah ini ialah melalui kerja keras, jadi saya tidak merungut. "Saya rasa selepas menamatkan pengajian keadaan akan menjadi lebih baik. hmetro dailymail

Monday, 28 October 2013

LUAR NEGARA: 16 Tahun Tak Potong Rambut

Beijing: Seorang wanita menghabiskan masa dua jam setiap hari mencuci dan mengeringkan rambutnya, selain terpaksa menyanggulnya kerana bimbang menghalang laluan.

Ni Linmei, 57, mendakwa dia tidak memotong rambutnya selama 16 tahun dan kini ia sepanjang 2.9 meter. Namun, dia kini menimbangkan untuk mengeratnya kerana keadaan rambut itu yang nampak tidak terurus.

Mendengar berita itu, jiran tetangga di bandar kelahirannya Taiyuan di wilayah Shanxi sibuk bergambar dengan rambutnya sebelum ia dipotong.

Baru-baru ini, Ni dilihat bergambar bersama empat wanita dalam barisan yang memegang rambutnya.

Walaupun rambutnya nampak mengagumkan, Ni masih tidak dapat menandingi wanita senegaranya Xie Qiuping.

Buat masa ini, Xie adalah pemegang rekod Dunia Guinness, wanita dengan rambut terpanjang iaitu 5.6 meter yang dicatat pada Mei 2004.


Thursday, 26 September 2013

BEIJING - Hidung Baru Tumbuh Atas Dahi


BEIJING - Hidung Baru Tumbuh Atas Dahi 

Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.

Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah Fujian.

Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal memulihkan hidungnya.

Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.



Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi menggantikan hidung asalnya.

Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian. Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.

Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...