Showing posts with label kejam. Show all posts
Showing posts with label kejam. Show all posts

Sunday, 9 February 2014

BEIJING: Memotong kedua-dua telinga dan mengelar rahang anak saudara



BEIJING : Seorang wanita ditahan semalam kerana memotong kedua-dua telinga dan mengelar rahang anak saudaranya hanya kerana berselisih faham dengan ibu bapa mangsa.

Zhang Qihui, 35, ditahan selepas mencederakan mangsa yang berusia enam tahun.
Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, kejadian berlaku di Hubei pada 28 Januari lalu, tetapi Zhang hanya ditangkap semalam.

Xinhua melaporkan, ayah budak lelaki terbabit (yang tidak disiarkan identitinya) enggan meminjamkan wang kepada adiknya yang juga suami Zhang.

Wang itu diperlukan bagi membantu pasangan suami isteri terbabit membina rumah.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat sama ada kegagalan meminjam wang menjadi punca Zhang menyerang mangsa.

Difahamkan, Zhang menyerang kanak-kanak itu menggunakan pisau selepas memujuk mengikutnya ke lorong di belakang rumah mereka.

Gambar muka mangsa yang berlumuran darah akibat kecederaan teruk tersebar di laman sosial dan menimbulkan kemarahan pengguna Internet.

“Tindakan psiko dan tidak berhati perut!

“Sanggup dia lakukan sebegitu terhadap budak yang tiada kaitan langsung dengan pergaduhan orang dewasa di sekelilingnya.

“Kasihan kanak-kanak ini dan ibu bapanya,” kata pengguna Internet.

Ramai menuntut supaya suspek dihadapkan segera ke muka pengadilan.

Akibat kecederaan parah, doktor hanya mampu mencantum semula satu daripada telinga mangsa.

Kejadian itu berlaku enam bulan selepas seorang kanak-kanak lain, Bin Bin, dikorek matanya oleh ibu saudaranya.



Dalam kejadian Ogos lalu, orang ramai dari dalam dan luar negara mendermakan wang bagi membolehkan Bin Bin mendapat mata palsu.


Ibu saudara Bin Bin bagaimanapun membunuh diri beberapa hari selepas serangan itu.- DailyMail

Sunday, 2 February 2014

HONDURAS: Pekerja Kilang Di Paksa Pakai Lampin


Honduras : Aduan itu dikemukakan oleh Daniel Duron, setiausaha agung Gabungan Ketua Pekerja Honduras, terhadap pemilik kilang Korea Honduras Electrical Distribution Systems Kyungshin Lear. Menurut El Horizonte, pihak berkuasa sedang menyiasat sebuah kilang yang menghasikan abah-abah untuk dieksport ke Amerika Syarikat kerana melanggar hak asasi manusia. Kilang ini telah memaksa pekerja mereka – pendatang Korean memakai lampin untuk mengelakkan membuang masa untuk pergi ke bilik air

Duron menjelaskan kepada televisyen bahawa dia telah mengetahui selama beberapa bulan situasi tempat kerja tersebut, tetapi tidak dapat masuk ke dalam premis kilang sehingga menerima kelulusan daripada pertubuhan hak asasi manusia dan Amerika Syarikat apabila syarikat itu tidak membenarkan mereka masuk.

Daniel Durón

Selepas menghubungi kedutaan Korea dan Amerika Syarikat di Honduras, beliau diberikan kebenaran untuk memeriksa kilang tersebut. Semasa melawat syarikat itu, yang mempunyai 4,000 pekerja, dia mengesahkan dakwaan bahawa pekerja tidak dibenarkan ke bilik air.


Syarikat itu dikenali dengan nama "Lear", tetapi berdaftar sebagai Sistem Pengagihan Elektrik Honduras Kyungshin-Lear (Amerika Syarikat/Korea).

ketua pekerja-pekerja di kilang berkata: "dia telah melaporkan kepada pihak berkuasa bahawa mereka dipaksa bekerja sambil memakai lampin supaya mereka tidak meninggalkan tempat kerja mereka untuk pergi ke bilik air. "

Kedengaran seperti satu jenaka namun sebaliknya, ia adalah satu langkah yang dilakukan oleh syarikat itu dalam melaksanakan, merendahkan martabat pekerja demi "produktiviti dan keuntungan”. sandiegoredlatintimes

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...