Saturday 18 January 2014

IRAN: Tak mandi 60 tahun




 Fars - Iran : Seorang lelaki warga Iran, Amoo Hadji berusia 80 tahun yang tinggal di Kampung Dezhgah (bandar Farashband di wilayah Fars Iran), dipercayai tidak pernah mandi sejak 60 tahun lalu kerana percaya ‘kebersihan itu sebagai punca penyakit’.

Haji, 80, dari Dejgah, berang jika beliau terkena air.

Keadaan itu menyebabkan kulitnya menyamai warna tanah dan berkerak.

Penduduk berkata, Haji lebih suka memakan daging landak busuk dan meminum 5 liter air sehari dari air takungan bekas karat.

Harta yang paling berharga beliau miliki adalah paip keluli tiga inci yang digunakan untuk merokok.

“Dia mengisi rokok dengan najis haiwan,” katanya.

Menurutnya lagi, Haji tinggal di ‘rumah’ dalam lubang tanah seperti kubur.

"Haji mengalami tekanan emosi hingga membuatkan dia memilih cara kehidupan seperti itu,” katanya yang dipetik TNews














No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...