Showing posts with label pelik. Show all posts
Showing posts with label pelik. Show all posts

Sunday, 2 March 2014

Rawatan muka 'teknik puntianak' di salun Dubai diharamkan

Dubai  : Pihak berkuasa Dubai mengharamkan rawatan kecantikan yang menggunakan sel darah pelanggan untuk mengekalkan keremajaan wajah.

Prosedur platelet kaya plasma (PRP) itu dikenali sebagai rawatan wajah puntianak dan popular di kalangan pelanggan di banyak spa dan klinik di bandar raya itu.

Pembantu Pengarah Jabatan Kesihatan di Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA), Dr Laila Mohammad Al Marzouqi mengesahkan PRP diharamkan.

“Ia satu bentuk prosedur baru dan perlu dikawal selia seperti prosedur kosmetik atau terapeutik lain untuk memastikan keselamatan pesakit, yang menjadi keutamaan kami,” katanya.

Pengurus operasi Klinik Dermalase di Dubai, Natasha Bennett, berkata beliau berhenti menawarkan rawatan berkenaan di kliniknya berikutan arahan itu.

Suntik ke wajah Namun sebahagian klinik di Bandar Raya Penjagaan Kesihatan Dubai terus menawarkan rawatan berkenaan, dengan berkata mereka tidak tertakluk dengan garis panduan DHA. 
Rawatan PRP adalah prosedur selama sejam yang memerlukan pakar terapi mengambil darah daripada kulit pesakit dalam dua hingga empat tiub. Ia kemudian diletakkan dalam mesin emparan yang memisahkan sel darah merah daripada plasma dalam darah.

Plasma dikumpulkan dalam 12 hingga 14 jarum suntikan dan disuntik ke wajah pesakit. Harga purata bagi satu sesi PRP antara Dh4,000 dan Dh5,000 (RM3,575 dan RM4,469).

Selebriti Kim Kardashian adalah antara yang menjalani prosedur itu, walaupun keberkesanan dan keselamatannya belum dikaji dalam ujian klinikal terkawal. – BeritaHarian Gulfnews

Wednesday, 26 February 2014

PELIK: Sosej dari najis bayi fuet’ atau ‘chorizo’

bakteria, bakteria usus, Bifidobacterium, chorizo, fuet, Lactobacillus, najis bayi, pelik, pribiotik, sosej, unique

MADRID - SEPANYOL : Sekumpulan penyelidik Sepanyol yakin sumber probiotik dari najis bayi merupakan bakteria sihat untuk badan.

Ketua penyelidik dari Institut Catalonia Makanan dan Penyelidikan Pertanian Girona, Anna Jofré berkata, bakteria probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium banyak terdapat di dalam sosej dan sebahagian daripada teknik pembuatan paperoni dan salami yang memerlukan kaedah penapaian bakteria.

Bakteria tersebut sama ada berlaku secara proses semulajadi dalam daging mentah atau ditambah kepada daging semasa proses pembuatan.

Tuesday, 25 February 2014

WUHAN: Rel penghadang untuk elak rabun


Wuhan : Dengan sesi persekolahan yang baru bermula, sebuah sekolah rendah di sini mencipta cara baru mengatasi masalah Myopia (rabun jauh) yang dihadapi pelajarnya.

Pihak sekolah meletakkan rel penghadang pada setiap meja yang digunakan di dalam kelas. 

Sunday, 16 February 2014

TAIPEI: Larva ulat buah dalam telinga wanita


TAIPEI : Seorang wanita Taiwan yang mengalami sakit telinga, terkejut besar selepas mendapati seekor berenga hidup di dalam telinganya apabila mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini, baru-baru ini.

Dr. Cheng-Ping Shih dari Hospital Besar Tri-Service berkata, pada mulanya beliau mengeluarkan alat bantuan pendengaran yang dipasang pada telinga kiri wanita tersebut dan mendapati organ pendengarannya itu berlumuran darah.

Shih berkata, pemeriksaan lebih lanjut mendapati, terdapat seekor larva lalat buah sedang bergerak di dalam telinga wanita yang tidak dikenali itu.

Jelasnya, ulat tersebut dipercayai berada di dalam telinga wanita berusia 48 tahun terbabit selama sekurang-kurangnya sehari.

Wanita tersebut tidak sedar larva berkenaan bergerak di dalam telinga yang tidak lagi sensitif kerana telah bertahun-tahun memakai alat bantuan pendengaran.

Alat tersebut juga menyebabkan telinga wanita itu menjadi panas, sekali gus sesuai untuk larva tinggal di situ," katanya kepada rangkaian televisyen NBC News.

Larva tersebut berjaya dikeluarkan tanpa sebarang kesukaran dan wanita terbabit diberikan antibiotik.





Sakit telinga dan tahap pendengaran wanita itu semakin pulih selepas dua minggu dirawat.

Doktor merasakan bahawa dia mendapat larva tersebut dalam rumahnya kerana ia adalah perkara biasa larva lalat buah terbang berkumpulan di kawasan iklim panas.

'Kebanyakan kes haiwan berada dalam saluran telinga merupakan objek terbang dan lipas,' Dr Cheng-Ping memberitahu NBC. Larva lalat buah di dalam saluran telinga agak luar biasa.'

Wanita Taiwan bukanlah kejadian pertama yang menjumpai makhluk tinggal di telinganya.

Wanita British, Rochelle Harris, mendapat sakit kepala yang teruk selepas pulang dari bercuti di Peru.

Dia terkejut apabila doktor memberitahu bahawa dia mempunyai lapan ulat besar yang tinggal di dalam telinganya.

Cik Harris kemudiannya mendapati bahawa New World Army Screw Worm Fly telah meletakkan telur ulat dalam telinganya. - DailyMail

Sunday, 9 February 2014

BENGAL: Ekor berbulu 14.5-inci




BENGAL : Seorang lelaki yang mempunyai ekor berbulu sepanjang hampir 37 sentimeter atau 14.5-inci mungkin boleh dianggap ‘bernasib baik’ kerana dianggap sebagai dewa oleh penduduk kampungnya.

Chandre Oraon, 35, dilahirkan dengan rerambut yang tumbuh berhampiran punggung dan enggan memotongnya sejak kecil.

Keanehan itu menyebabkan penduduk tempatan yang menganut kepercayaan Hindu percaya dia adalah kelahiran semula dewa monyet, Hanuman.

Sesetengah penganut Hindu yang ingin “menyembah” Chandre sanggup datang dari jauh ke rumahnya yang terletak di Alipurduar, Bengal Barat dan menghabiskan masa beratur bagi mendapatkan restu dengan menyentuh ekornya.

Chandre yang bekerja sebagai pemetik daun teh berkata, dia tidak keberatan mendapat penghargaan sebagai dewa.

“Saya tak kisah kerana ia anugerah tuhan,” katanya.

Selain ekor itu, reputasi Chandre semakin tinggi kerana keupayaannya memanjat pokok dengan mudah dan pantas seolah-olah seekor monyet. Antara orang yang datang ingin mendapatkan ‘restu’ Chandre ialah Monika Ladka.

Kata Monika, bayi lelakinya sentiasa mengalami masalah kesihatan walaupun sudah diberi pelbagai ubat.

“Selepas bertemu Chandre, bayi abang saya pulih dalam masa yang singkat,” katanya.



Justeru, kata Monika, mereka percaya Chandre adalah kelahiran semula Dewa Hanuman.

Tambahan pula, katanya, menurut cerita masyarakat setempat Chandre lahir pada Hari Hanuman. Sementara itu Chandre berkata, ada doktor pernah menawarkan untuk membuang ekornya tetapi dia menolak.

“Ketika kecil ibu pernah memotong ekor ini namun tidak lama kemudian saya demam panas dan sakit teruk. “Kata ibu, saya hampir mati,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Keadaan berkenaan menyebabkan penduduk kampung terbabit mencadangkan kepada mereka supaya membiarkan saja ekor itu tumbuh memanjang dan sehingga kini ia berukuran kira-kira 36.8 sentimeter. – DailyMail

Saturday, 8 February 2014

JAKARTA: Wajah dan Badan Dipenuhi Tumor





JAKARTA - INDONESIA : Gara-gara seluruh tubuh dan sebahagian wajahnya dipenuhi tumor, penduduk sebuah kampung di Bandung sanggup bertindak kejam mengusir ibu tunggal kepada empat anak ini selepas mangsa dibuang keluarganya.

Sarotin, 46, dipercayai mengalami penyakit genetik, neurofibromatosis yang menyebabkan ketumbuhan tidak terkawal di seluruh saraf tubuh.

Menurut wanita tersebut, dia menderita penyakit tumor tidak berbahaya itu sejak tiga tahun lalu.

"Saya tidak mampu untuk menjalani rawatan kerana kos perubatannya agak tinggi," katanya.







Sebahagian mukanya telah dilindungi oleh tumor dan juga beratus-ratus ketulan kecil meliputi keseluruhan tubuhnya.

Difahamkan, laporan dipetik dari DailyMail, kira-kira 50 peratus individu yang mengalami mutasi gen ketika dalam kandungan ibu berisiko menghidap penyakit ini walaupun ia adalah penyakit bawaan genetik.

Walaupun rupa mereka membimbangkan, dengan ketumbuhan dan bengkak-bengkak - dipanggil neurofibromas yang disebabkan oleh pertumbuhan sel-sel – ia bukan kanser atau penyakit berjangkit.







Slamet, dari Jawa Timur, dilaporkan telah mengalami situasi yang sama selepas dia mengeluarkan tumor dari pinggangnya pada tahun 1991.

Jiran Slamet yang baik hati di Nguntoronadi, magetan, Jawa Timur, telah membuat satu group di Facebook untuk mendapatkan wang yang cukup untuk membiayai membuang tumor.




Pada bulan November Vinicio Riva, yang juga mempunyai neurofibromatosis, tersebar di seluruh dunia apabila dia telah dipeluk dengan mesra oleh Paus Francis di salah satu mingguan penonton pontiff's di Dataran St Peter.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...