Tuesday 25 February 2014

WUHAN: Rel penghadang untuk elak rabun


Wuhan : Dengan sesi persekolahan yang baru bermula, sebuah sekolah rendah di sini mencipta cara baru mengatasi masalah Myopia (rabun jauh) yang dihadapi pelajarnya.

Pihak sekolah meletakkan rel penghadang pada setiap meja yang digunakan di dalam kelas. 


Pengetua sekolah berkenaan memperkenalkan sistem meja dan kerusi yang tidak masuk akal itu untuk membetulkan tabiat penglihatan pelajar sekolah berkenaan seperti membaca dan menulis.

Pengadang tersebut boleh bergerak atas dan ke bawah untuk menghentikan pergerakan kepala pelajar terlalu dekat dengan buku-buku. Pengadang juga boleh ditolak kembali ke kehadapan di mana kanak-kanak perlu memegang buku-buku mereka.


Menurut kajian, dianggarkan sekitar 80 peratus orang penduduk Asia rabun jauh berbanding hanya 30 peratus di barat.

Kajian yang dijalankan sebelum ini menunjukkan kaitan faktor persekitaran yang menyumbang kepada masalah rabun jauh tetapi penyelidik masih mengkaji hubung kaitnya dengan faktor genetik. - Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...