Monday 17 February 2014

UNIK: Keranda berusia 3,600 tahun dengan corak 'Bulu Sargophagi'


Mumia dijumpai: Mohammed Ibrahim, Menteri Antikuiti Mesir, berkata dalam satu kenyataan bahawa keranda kayu yang dipelihara sejak 1,600 SM, apabila Dinasti Pharaonic ke-17 memerintah.
 

MESIR  :  SEBUAH keranda kayu yang dihiasi lukisan bulu pelepah dan menempatkan mumia dipercayai milik individu berpengaruh berusia 3,600 tahun.

Penemuan itu dibuat oleh sekumpulan ahli arkeologi Sepanyol bersama pakar antikuiti Mesir yang melakukan kerja penggalian berhampiran makam Djehuty yang merupakan pemegang harta Permaisuri Hatshepsut di Luxor dan disemadikan di perkuburan Dra Abul-Naga, Ahram Online melaporkan.

Ketua Jabatan Antikuiti Mesir, Ali Al-Asfar berkata, keranda kayu yang masih dalam keadaan baik itu berasal dari zaman dinasti firaun ke-17 pada tahun 1,600 sebelum Masihi.

Keranda diukir dengan hieroglif dan dihiasi dengan inskripsi burung 'bulu pada bahagian penutup dan sisinya yang telah membawa pakar-pakar untuk menggelarkannya sebagai 'Bulu Sargophagi'.

"Keranda tersebut berukuran sepanjang 7ft 11 inci atau 242 sentimeter dan warna serta ukiran hieroglif pada permukaannya masih belum pudar. Keranda tersebut berada dalam keadaan yang baik dan gelaran-gelaran si mati akan terukir di atasnya, yang mana pakar-pakar sedang berusaha untuk mengenal pasti.

"Kami turut menemui dua kubur lain tetapi ia dipercayai telah dirompak pihak tidak bertanggungjawab," jelasnya lagi, menurut laporan DailyMail.

Difahamkan, kerja penggalian tersebut dilakukan sejak 13 tahun lalu dan banyak artifak berharga telah ditemui termasuk keranda kayu menempatkan mumia kanak-kanak dari dinasti firaun ke-17. – SinarHarian

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...