Monday 3 February 2014

UNIK: Taman tema berkonsepkan robotik


Incheon : SEBUAH taman tema futuristik pertama di dunia yang berkonsep robotik coaster roller, sebuah taman air, pameran dan juga akuarium dengan ikan mekanikal akan dibina di Incheon, Korea Selatan.

Menurut laman saluran Discovery, projek Robot Land yang menelan kos kira-kira AS$625 juta (RM2.1 bilion) itu turut menggabungkan elemen perniagaan.


Ini kerana ia bakal dilengkapi pusat jualan robot berteknologi tinggi terbaru, pusat penyelidikan dan pembangunan robot serta institusi pendidikan tinggi.


Selain itu, taman tema tersebut juga akan menyediakan pusat kajian dan hibrid untuk memberi peluang kepada pengunjung merasakan pengalaman luar biasa bersama robot.

"Sebuah akuarium robotik dan roller coaster dijangka menjadi tarikan utama di Robot Land," menurut laman sesawang itu lagi kepada DailyMail.


Pereka untuk taman 1.259.890 meter persegi mengatakan ia akan menjadi 'taman tema pertama di dunia yang berkaitan dengan robotik.'


Sebenarnya ini adalah sebuah kompleks kebudayaan robot yang terdiri terutamanya daripada dewan pameran, kemudahan pembelajaran dan eksperimen robot dan permainan,


Difahamkan, rancangan pembinaan taman tema robot tersebut pertama kali diumumkan pada 2009, namun projek tersebut dilaporkan tergendala. Dailymail

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...