Tuesday 18 February 2014

LONDON: Tak kisah anak lelaki pakai gaun

MARTIN (kiri) dan Lisa membesarkan Max secara ‘neutral’ malah membiarkannya memakai gaun dan bermain anak patung.

LONDON  :  Sepasang suami isteri memilih membesarkan anak lelaki mereka secara neutral iaitu sebagai budak lelaki dan perempuan untuk mengelaknya daripada menjadi agresif ketika dewasa.

Lisa, 23, dan Martin Price, 34, tidak menghalang sekiranya anak mereka Max, setahun, mahu memakai tutu dan kepak pari-pari berikutan menggunakan kaedah radikal dikenali sebagai ‘keibubapaan neutral’ yang dipercayai mampu meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak.

Max diberi kebebasan memilih apa yang mahu dipakainya setiap hari sama ada seluar jeans dan kemeja lelaki atau gaun perempuan berwarna merah jambu.

Malah, permainannya juga terdiri daripada pelbagai kereta serta robot mainan dan anak patung yang biasanya menjadi peneman kanak-kanak perempuan.

Lisa dan Martin menganggap cara mereka membolehkan Max lebih mengenali dirinya tanpa rasa tersekat dengan batasan jantina.

“Saya mahu dia berfikir di luar kotak. Asalkan tidak membahayakan dirinya secara fizikal saya tidak akan menghalangnya daripada berpakaian atau main mengikut kehendaknya.

“Memang ramai yang pelik dengan kaedah ini, namun apabila mendengar penjelasan saya mereka menganggapnya sesuatu yang baru malah menyokongnya,” kata Lisa.

Lisa suri rumah sepenuh masa juga bercadang mendidik anaknya di rumah tanpa perlu dihantar ke sekolah apabila tiba masanya.

“Saya berharap Max tidak menjadi mangsa buli atau ejekan kelak, namun yang penting kami mahu dia membina keyakinan diri daripada usia sekecil ini,” katanya.

Dia menegaskan, tanggapan stereotaip mengenai jantina dan peranan kejantinaan menjadi punca masalah wanita ditindas lelaki yang menganggap mereka berkuasa.

Pendekatannya disokong suaminya yang mengakui dibiarkan main anak patung kakaknya ketika membesar. - HarianMetro

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...