Sunday 2 February 2014

HONG KONG: Tarik balik tawaran RM431j


Hong Kong : Bilionair Cecil Chao Sze-tsung dilaporkan menarik balik tawaran $HK1 bilion (RM431 juta) kepada lelaki yang berjaya memikat dan berkahwin dengan anak perempuannya, seorang lesbian, Gigi Chao.

Keputusan itu dibuat selepas Gigi menulis surat kepadanya, merayu supaya dia menerima perkahwinannya dengan pasangan lesbiannya.

Kisah dua beranak itu sekali lagi menjadi tajuk akhbar minggu lalu apabila Chao menggandakan tawarannya, daripada HK$500 juta (RM215 juta) kepada $HK1 bilion (RM431 juta) dalam usaha untuk mendapatkan seorang suami untuk anaknya.

Gigi berkata, tindakan bapanya mencari lelaki untuk dijadikan suaminya tidak menjejaskan hubungan mereka tetapi ia menyebabkan wanita yang dikahwininya, Sean Eay tertekan.

Walaupun Gigi mempertahankan hubungan dengan bapanya di depan media, dia juga secara terbuka mengeluarkan surat terbuka kepada bilionair berkenaan supaya menghormati hubungannya dengan ‘suaminya.’

“Saya tidak meminta anda menjadikan Sean kawan baik tetapi saya amat gembira jika anda tidak takut dengannya dan melayaninya seperti manusia biasa yang bermaruah,” kata Gigi dalam surat berkenaan.

Chao, 77, dilaporkan masih belum dapat menerima kehidupan cinta anaknya.

“Jika Gigi berkata dia tetap dengan kehidupan lesbiannya, saya akur. Tetapi saya tidak berkata saya gembira dengan pilihannya. Itu haknya,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...