Monday 17 February 2014

TEKNOLOGI: Deria sentuh pada tangan tiruan

Revolusi tangan bionik membuatkan pesakit amputasi/kudung yang pertama di dunia yang mempunyai deria sentuhan dapat dipulihkan:
  • Satu tangan bionik dengan deria 'perasaan' telah diuji di Rom pada pesakit untuk kali pertama dalam satu prosedur penemuan perubatan

  • Dennis Sorensen dari Denmark dapat merasai bentuk dan tekstur objek menggunakan tangan robot

  • 'Maklum balas deria adalah luar biasa' kata pemain berusia 36 tahun

  • Teknologi ini meningkatkan prospek tiruan memulihkan kehilangan deria
SEORANG lelaki kudung berusia 36 tahun dari Denmark menjadi individu pertama di dunia menggunakan tangan tiruan yang mempunyai deria sentuhan.

Rekaan tangan tiruan dihasilkan penyelidik dari Switzerland dan Itali itu membolehkan Dennis Sorensen mengawal objek menerusi wayar yang disambungkan pada saraf pangkal lengannya.

Sorensen yang kehilangan tangannya akibat kemalangan sejak hampir 10 tahun lalu telah menjalani prosedur pembedahan di Rom, Januari lalu untuk menguji keberkesanan sistem sentuhan di bawah projek Life Hand 2 terbabit.

Sebanyak empat elektrod ultra nipis ditanam ke dalam saraf Sorensen sebelum sistem tersebut boleh berfungsi.
 Menurut salah seorang pereka tangan tiruan tersebut, Silvestro Micera, algoritma komputer turut digunakan bagi menukar isyarat elektrik yang akan bertindak balas untuk menghasilkan rasa sentuhan.

"Pesakit kini bukan hanya boleh merasai kekuatan genggaman tangannya tetapi juga bentuk dan tekstur objek yang dipegang olehnya.

'Maklum balas deria adalah luar biasa,' kata Encik Sorensen, yang menghabiskan masa sebulan untuk mencuba tangan bionik. 
'Saya dapat memegang/merasai sesuatu benda yang saya tidak pernah dapat pegang/rasai lebih sembilan tahun lalu.

'Apabila saya memegang objek, saya dapat merasakan ia adalah lembut atau keras, bulat atau persegi.'
"Susulan daripada kejayaan ini, kami bercadang untuk meneruskan fasa eksperimen seterusnya dalam masa terdekat yang digelar projek HandBot," katanya tanpa memberi butiran lanjut menurut laporan CNN. SinarHarian DailyMail

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...