Monday 3 February 2014

HIBURAN: Segan tonton dengan anak


Rakan SS bukanlah antisosial tetapi paparan babak dalam drama ini agak keterlaluan. Ketika drama itu mula disiarkan di satu saluran TV ini, rakan SS tak sempat nak menonton dan dia hanya mendengar komen daripada jiran tetangganya.

Memandangkan minggu lalu dia bercuti panjang dan tidak pergi ke mana-mana, dapatlah dia menonton drama bersiri itu. Tajuk drama ‘best’, pelakonnya pun bagus kerana berjaya berjiwa watak masing-masing dengan baik tetapi yang buat rakan SS serba salah nak menonton drama itu bersama anak-anaknya apabila tiba watak mesra antara hero dan heroinnya.

Dalam drama itu, hero dan heroin berkahwin tetapi mereka disyaratkan tidak boleh ‘bersama’ selama dua bulan. Oleh kerana rakan SS tidak menonton drama itu daripada awal jadi dia tak tahu kenapa mereka tidak boleh hidup sebagai suami isteri. Hero hanya boleh melawat isterinya di rumah pada waktu siang dengan diawasi pembantu rumah.

Barangkali kerana kemaruk, setiap kali bertemu si isteri menunjukkan kemesraan yang berlebihan, siap makan sambil bersilang tangan. Itu belum lagi adegan mengelap muka hero berkali-kali dengan tangannya.

Banyak lagilah adegan yang keterlaluan sehingga rakan SS terpaksa tukar ke saluran lain. Bukan kerana dia tak suka dengan jalan ceritanya tetapi dia segan menonton dengan anak-anak. Takkan nak dihalau anak keluar rumah semata-mata kerana dia nak menonton drama itu.

Pengarah kenalah menggunakan kreativiti untuk menggambarkan kemesraan watak sebagai suami dan isteri. Berlapiklah sikit!

SS: Patutlah kekasih heroin itu makan hati. HarianMetro


P/S: kalau rasa sesuatu rancangan tv itu melalaikan atau menayangkan sesuatu yang tidak elok ditonton oleh anak-anak, suruh sahaja anak masuk tido atau sila ubah rancangan lain atau tutup terus tv. Pengarah dan pelakon dah buat yang terbaik. Penonton boleh menilai sendiri mana yang baik dan mana yang buruk. Nobody is perfect. Just my opinion.. tiada niat menuding jari mana-mana pihak. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...