Showing posts with label entertainment. Show all posts
Showing posts with label entertainment. Show all posts

Monday, 3 February 2014

HIBURAN: Segan tonton dengan anak


Rakan SS bukanlah antisosial tetapi paparan babak dalam drama ini agak keterlaluan. Ketika drama itu mula disiarkan di satu saluran TV ini, rakan SS tak sempat nak menonton dan dia hanya mendengar komen daripada jiran tetangganya.

Memandangkan minggu lalu dia bercuti panjang dan tidak pergi ke mana-mana, dapatlah dia menonton drama bersiri itu. Tajuk drama ‘best’, pelakonnya pun bagus kerana berjaya berjiwa watak masing-masing dengan baik tetapi yang buat rakan SS serba salah nak menonton drama itu bersama anak-anaknya apabila tiba watak mesra antara hero dan heroinnya.

Dalam drama itu, hero dan heroin berkahwin tetapi mereka disyaratkan tidak boleh ‘bersama’ selama dua bulan. Oleh kerana rakan SS tidak menonton drama itu daripada awal jadi dia tak tahu kenapa mereka tidak boleh hidup sebagai suami isteri. Hero hanya boleh melawat isterinya di rumah pada waktu siang dengan diawasi pembantu rumah.

Barangkali kerana kemaruk, setiap kali bertemu si isteri menunjukkan kemesraan yang berlebihan, siap makan sambil bersilang tangan. Itu belum lagi adegan mengelap muka hero berkali-kali dengan tangannya.

Banyak lagilah adegan yang keterlaluan sehingga rakan SS terpaksa tukar ke saluran lain. Bukan kerana dia tak suka dengan jalan ceritanya tetapi dia segan menonton dengan anak-anak. Takkan nak dihalau anak keluar rumah semata-mata kerana dia nak menonton drama itu.

Pengarah kenalah menggunakan kreativiti untuk menggambarkan kemesraan watak sebagai suami dan isteri. Berlapiklah sikit!

SS: Patutlah kekasih heroin itu makan hati. HarianMetro


P/S: kalau rasa sesuatu rancangan tv itu melalaikan atau menayangkan sesuatu yang tidak elok ditonton oleh anak-anak, suruh sahaja anak masuk tido atau sila ubah rancangan lain atau tutup terus tv. Pengarah dan pelakon dah buat yang terbaik. Penonton boleh menilai sendiri mana yang baik dan mana yang buruk. Nobody is perfect. Just my opinion.. tiada niat menuding jari mana-mana pihak. 

Thursday, 30 January 2014

HIBURAN: Min Ho, Shin Hye bercinta?


LAPORAN media di China bahawa pasangan kekasih di dalam drama The Heirs, Lee Min Ho dan Park Shin Hye bercinta mengejutkan peminat pelakon itu.

Biarpun tanpa bukti kukuh, beberapa laporan media China melaporkan kedua-dua pelakon yang berasal dari Korea Selatan itu mula menjalinkan hubungan serius selepas dua bulan tamat penggambaran drama tersebut.

Biarpun tiada sebarang kenyataan daripada kedua-dua pelakon tersebut, namun kedua-dua agensi pelakon itu menafikan perkara ini.

Wakil agensi Min Ho berkata : "Kami tidak tahu mengapa berita seperti ini muncul di China. Kini kami akan mengambil langkah untuk meredakan suasana yang ada melalui agensi kami di China," ujarnya.

Manakala wakil agensi Shin Hye melalui kenyataan kepada sebuah akhbar berkata: "Khabar angin ini bertebaran mungkin kerana The Heirs meraih populariti yang tinggi di China.

Namun hakikatnya mereka hanya bercinta di dalam drama tersebut," jelasnya. SinarHarian

Tuesday, 28 January 2014

Suami Songsang dalam Bukan Wanita Sempurna




CUKUP berani! Itu kesimpulan yang dibuat setelah menonton klip video lagu terbaharu Ning Baizura, Bukan Wanita Sempurna semasa Chit Chat bersama Ning baru-baru ini.

Apa-apa pun tahniah kepada Ning Baizura yang berjaya menghasilkan sebuah klip video yang menjadi bualan ramai setelah dimuat naik di laman Youtube. Perkongsian video yang dibuat penyanyi bersuara soprano ini adalah sebagai langkah mempromosi lagunya. Itu harapan Ning yang mahu lagu dan klip video dikeluarkan secara serentak seperti promosi di luar negara.

Dalam klip video itu, wanita berusia 38 tahun ini digambarkan sebagai seorang isteri kepada lelaki berkerjaya yang menjalinkan hubungan songsang.

Sememangnya, Ning tidak mahu ada yang beranggapan dia mempromosikan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama. Jalan ceritanya telah dibincangkan begitu lama setelah melalui proses penapisan.

Menurut Ning, klip video itu juga telah diluluskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

"Pada mulanya, saya memang risau dengan jalan cerita klip video ini yang mengetengahkan hubungan songsang antara sepasang lelaki. Sejujurnya, niat sebenar saya bukanlah untuk mempromosikan cara hidup songsang seperti yang digembar-gemburkan oleh orang ramai. Saya hanya mengetengahkan isu yang dianggap tabu tetapi masih berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

"Sebab itu, saya tidak mahu orang di luar sana beranggapan negatif dan terus menghukum saya. Mesej dalam klip video itu jelas supaya wanita seharusnya berhati-hati dalam melayari bahtera rumah tangga," katanya.



Tambah Ning, suaminya juga antara salah seorang individu yang risau kerana takut penonton akan membayangkan itu adalah berdasarkan kisah benar mereka.

"Setelah menjelaskan secara terperinci kepadanya, dia mulai faham dan tidak mengambil serius dengan jalan cerita yang ditampilkan itu," katanya.

Klip video tersebut adalah idea asal daripada seorang pengarah terkenal dari Indonesia bernama Zul Ardhia dan penggambarannya juga dilakukan di Indonesia. Watak suami pula dilakonkan oleh pelakon sinetron, Benny Ruswandi.

Sementara itu, Ning memberitahu mereka akan memberikan kesinambungan lagu tersebut yang telahpun dirakamkan dalam versi berbeza berjudul Bukan Lelaki Sempurna.

"Versi itu dinyanyikan oleh Anji, vokalis kumpulan Drive. Jika diizinkan, kami berdua akan berduet menerusi sebuah lagu bagi memberikan penghujung kepada kedua-dua lagu itu," ujarnya sambil memberitahu sedang merancang untuk menjadikan Konsert Pelangi Untukmu sebagai sebuah konsert jelajah yang dapat menghiburkan peminat di Singapura, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, Sabah. Utusan Melayu(M) Bhd

Monday, 20 January 2014

KUALA LUMPUR: Penyanyi Bertudung Dihalau Turun Pentas


Kuala Lumpur : Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas. “Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.

Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.

“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.” Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.

“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut. Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang berautoriti. Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.


“Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut. SUMBER

Sunday, 19 January 2014

PENDAKWAH: Ustaz Don timang cahaya mata pertama


PENDAKWAH dan penyampai rancangan kuliah interaktif  30 minit Ustaz Don di TV Alhijrah, Don Daniyal Don Bijayid malam tadi telah menjadi seorang bapa.

Berita gembira itu dikongsikan Don Daniyal atau lebih dikenali dengan panggilan ustaz Don menerusi laman sosial Facebooknya.

Ustaz Don berkata, bayinya itu telah selamat dilahirkan pada jam 10.25 malam tadi waktu Malaysia dengan berat 3.5 kilogram.

"Assalamualaikum semua... Alhamdulillah.

"Bayi selamat dilahirkan pada jam 4.25 petang (di) sini (yang sama) 10.25 malam di Malaysia. 

"Normal dan sihat...Alhamdulillah... 3.5 kilogram," tulisnya, namun tidak dikongsikan pula jantina cahaya mata pertama pasangan ini.

Ustaz Don dan pasangannya, Husna Mohd Zahry mendirikan rumah tangga pada Ogos 2012.

Selain itu, Ustaz Don yang sedang berada di Mesir itu juga berkata akan pulang ke tanah air, hujung bulan ini.

"Insya-ALLAH kami balik dalam 30 Januari.

"Terima kasih semua na.. sebab tolong doa kat kami...Alhamdulillah syukur," tulisnya lagi.

Husna melahirkan bayi mereka di Mesir ekoran masih meneruskan pengajian di sana.

Thursday, 12 December 2013

HIBURAN: Fast and Furious 7 – Skrip ditulis semula


Berikutan kemalangan maut bintang Fast and Furious Paul Walker dan Roger Rodas, dikatakan bahawa kejadian tersebut memberi impak besar kepada proses pembikinan movie siri hebat itu.

Beberapa hari selepas kemalangan itu, masih tidak jelas bagaimana Universal Studios akan mengendalikan kematian bintang movie sirinya. Banyak laporan mendakwa bahawa filem itu akan menuju kehancuran kerana hanya lebih kurang separuh daripada adegan Walker telah dirakam , yang meletakkan para pelakon dan studio dalam kedudukan yang sukar meneruskan filem itu.

Kini, The Hollywood Reporter mengatakan bahawa Chris Morgan , penulis skrip asal filem itu, sedang menulis semula skrip dengan harapan boleh mewujudkan adegan pemergian watak Walker dengan menggunakan apa yang mereka sudah rakam sehingga kini, untuk menyelamatkan sebuah filem yang Universal telah laburkan sebanyak $ 150,000,000. Dikatakan jika skrip baru dipersetujui, para pelakon dan krew boleh mulakan kembali penggambaran pada Januari depan.

Watak Brian O’Connor akan tetap berada dalam Fast and Furious 7, cuma apa yang kita belum pasti ialah bagaimana watak tersebut akan dihilangkan Universal Studios buat selamanya.


SUMBER: http://www.arenakereta.com

HIBURAN: Adrina Projek Metro Tidak Berseluar Dalam MV Ajai?


Selepas tersingkirnya Adrina Saidin dalam rancangan realiti pencarian pengacaran dan wartawan penyiaran, Projek Metro, baru-baru ini, penyanyi dan komposer terkenal telah menyunting gadis berusia 19 tahun itu untuk menjadi model bagi video muzik terbarunya berjudul Aduh.

Namun, apa yang menarik perhatian penulis ialah keberanian Adrina berpakaian seksi dengan menggenakan kemeja putih besar dan menimbulkan andaian seolah-olah dia tidak memakai seluar dalam video muzik tersebut.

Walau bagaimanapun, kita jangan cepat membuat tuduhan melulu, mungkin Adrina ada memakai seluar pendek yang disembunyikan dalam kemeja tersebut.

Mungkin itu antara konsep yang ingin diterapkan oleh Ajai menerusi video Aduh.

Ala-ala romantis gitu, yang model pakai ‘boyfriend shirt’. Diharapkan video muzik ini tidak menimbulkan sebarang kontroversi kelak.

Iyalah, tak pasal-pasal orang cemuh Adrina, baru je nak naik, dah berani berpakaian kurang manis seperti itu.

Tak gitu?


Sunday, 29 September 2013

HIBURAN: jatuh cinta pandang pertama


Tindakan penyanyi, Adam, atau Mohd Aizam Mat Saman, 30, melamar bekas anggota kumpulan Elite, Fiza, 33, pada pertemuan kedua mereka menyebabkan wanita itu terkejut, sekali gus menganggap lelaki itu kurang siuman.

Walaupun menyedari tindakannya pasti akan mengejutkan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, Adam tekad menyuarakan hasrat hati. Selepas bertemu kali pertama pada hari kelima Ramadan lalu, hatinya memang sudah terpaut pada Fiza. akhirnya Fiza menerima lamarannya walaupun baru sahaja berkenalan secara rapat.

Sunday, 22 September 2013

ARTIS: Scha Al-Yahya disahkan menghidap kanser pangkal rahim

kanser pangkal rahim
Scha Al-Yahya disahkan hidap kanser rahim - Pelakon, pengacara dan model seksi, Scha Al-Yahya disahkan menghidap kanser rahim atau nama saintifiknya Endometriosis selepas melakukan pemeriksaan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar pada 4 September lalu.

Mengulas berkenaan reaksinya selepas mendapat tahu terdapat ketumbuhan pada pangkal rahim, Scha Al-Yahya melahirkan rasa terkejutnya dan tidak menyangka sakit perut melampau yang dialami setiap kali datang bulan berpunca daripada masalah tersebut, dipetik dari Harian Metro.

“Mulanya saya hanya melakukan pemeriksaan pada 4 September lalu kerana sakit perut kronik apabila datang haid. Keadaan itu bertambah teruk selepas berkahwin hingga terpaksa bergantung dengan ubat tahan sakit."

“Selepas buat endoskopik, saya disahkan mengidap endometriosis, sejenis ketumbuhan dalam rahim. Biarpun saiznya kecil, ia ada di beberapa tempat seperti jerawat. Doktor maklumkan ketumbuhan itu belum sampai tahap serius tetapi jika tidak dibuang, ia boleh membesar dan membahayakan nyawa."

“Walaupun terkejut, saya bersyukur sebab tahu awal. Atas nasihat doktor, saya setuju dibedah dan tidak mahu berlengah lagi. Awal pun tidak sampai hati lihat saya selalu sakit perut yang kronik setiap kali datang bulan."

“Doktor tebuk satu lubang di pusat dan dua lagi di tepi perut untuk bersihkan ketumbuhan itu. Syukur pembedahan ini berjaya dan saya dibenarkan keluar hospital pada 7 September lalu.”


Thursday, 19 September 2013

HIBURAN: Never ending honeymoon buat Ashraf Muslim Dan Noor Dayana

life, hiburan, noor dayana, asyraf muslim, bulan madu, sabah,
Walaupun ramai yang bersimpati dengan Dayana, mungkin sebenarnya dia telah pun reda dengan pilihan yang dibuat oleh suaminya untuk berkahwin dengan Wan Sakinah. Ceria nampaknya wajah Dayana yang menggembarkan kegembiraannya bercuti dengan suami tersayang.


Menurut status Dayana di Facebook:-
 
Alhamdulillah..tq Allah for the rezeki n time given for us spending our time together..

Subhanallah..d underwater live is so amazing..learning new experiences throughout d journey..

Back to reality..face every dugaan dgn tabah n sabar..Allah is alwaiz there..He knows the best..insyaAllah.

Our never ending honeymoon trip.
Diharap situasi ini akan berkekalan buat Dayana yang sebelum ini dikatakan pernah dimasukkan ke hospital akibat tekanan setelah mengetahui suaminya ingin berkahwin dua. Oleh sebab bulan madu berkekalan, manalah tahu lepas ni rezeki Dayana pula untuk mendapat cahaya mata kan?





SUMBER: beautifulnara

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...