Showing posts with label fast and furious. Show all posts
Showing posts with label fast and furious. Show all posts

Thursday, 12 December 2013

HIBURAN: Fast and Furious 7 – Skrip ditulis semula


Berikutan kemalangan maut bintang Fast and Furious Paul Walker dan Roger Rodas, dikatakan bahawa kejadian tersebut memberi impak besar kepada proses pembikinan movie siri hebat itu.

Beberapa hari selepas kemalangan itu, masih tidak jelas bagaimana Universal Studios akan mengendalikan kematian bintang movie sirinya. Banyak laporan mendakwa bahawa filem itu akan menuju kehancuran kerana hanya lebih kurang separuh daripada adegan Walker telah dirakam , yang meletakkan para pelakon dan studio dalam kedudukan yang sukar meneruskan filem itu.

Kini, The Hollywood Reporter mengatakan bahawa Chris Morgan , penulis skrip asal filem itu, sedang menulis semula skrip dengan harapan boleh mewujudkan adegan pemergian watak Walker dengan menggunakan apa yang mereka sudah rakam sehingga kini, untuk menyelamatkan sebuah filem yang Universal telah laburkan sebanyak $ 150,000,000. Dikatakan jika skrip baru dipersetujui, para pelakon dan krew boleh mulakan kembali penggambaran pada Januari depan.

Watak Brian O’Connor akan tetap berada dalam Fast and Furious 7, cuma apa yang kita belum pasti ialah bagaimana watak tersebut akan dihilangkan Universal Studios buat selamanya.


SUMBER: http://www.arenakereta.com

Sunday, 1 December 2013

INFO: Kematian Hero Fast & Furious

Paul Walker @ Brian O'Conner-Fast & Furious ini telah mengejutkan dunia dengan kematiannya. Ramai yg mengucapkan takziah atas kehilangannya antaranya dengan RIP ..

“Rest in Peace” atau RIP bukan boleh sebarangan diucapkan. Ucapan RIP ini merupakan do’a Kristian Katolik kepada pengikutnya yang telah menemui ajal berbunyi “May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace” atau ucapan asal didalam Latin "Anima eius et animae omnium fidelium defunctorum per Dei misericordiam requiescant in pace". Ucapan ini memohon kepada Tuhan agar roh simati dirahmati Tuhan.

Agama Islam membenarkan ucapan takziah kepada keluarga orang bukan Islam yang telah menemui ajal. Kita bolehlah memberi ucapan seperti “kami bersimpati dengan apa yang anda hadapi”, “Kami turut bersedih diatas kehilangan beliau”, dan sebagainya.

Atau didalam bahasa Inggerisnya seperti : “May Allah compensate you in your loss” , “Sorry to hear this tragic news, my sympathies are with deceased’s family on this sorrowful moment”, dsb.

Apa yang dilarang adalah memohon Allah merahmati roh si-mati sepertimana ucapan Rest In Peace. Kita dilarang memohon agar Allah mengampuni si-mati yang bukan Islam. Firman Allah swt :

مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.” [surah al-Taubah : 113].

Kesimpulannya, Umat Islam dibenarkan menyampaikan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan beragama Islam, dan takziah itu bukanlah do’a yang berbentuk memberi rahmat atau pengampunan, seperti RIP. Kita dibenarkan mengucapkan simpati kepada keluarga si-mati.

Tak salah untuk merasai kehilangan.. tetapi jangan hingga kehilangan prinsip iman dan ihsan


SUMBER: FACEBOOK
 

LUAR NEGARA: Paul Walker hero filem fast furious nahas dalam kemalangan

Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu.

Paul yang terkenal dengan watak Brian O’Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.


Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

UPDATE-1: Paul Walker dikhabarkan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu seperti laporan awal.
Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu sebuah teaser untuk Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.


Kami difahamkan penggambaran filem Fast and Furious 7 masih belum selesai dan kematian watak utamanya pasti akan menyebabakan pertukaran jalan cerita. We will miss you Brian O’Connor. Keep on speeding on the other side.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...