Showing posts with label drama adaptasi. Show all posts
Showing posts with label drama adaptasi. Show all posts

Monday, 3 February 2014

HIBURAN: Segan tonton dengan anak


Rakan SS bukanlah antisosial tetapi paparan babak dalam drama ini agak keterlaluan. Ketika drama itu mula disiarkan di satu saluran TV ini, rakan SS tak sempat nak menonton dan dia hanya mendengar komen daripada jiran tetangganya.

Memandangkan minggu lalu dia bercuti panjang dan tidak pergi ke mana-mana, dapatlah dia menonton drama bersiri itu. Tajuk drama ‘best’, pelakonnya pun bagus kerana berjaya berjiwa watak masing-masing dengan baik tetapi yang buat rakan SS serba salah nak menonton drama itu bersama anak-anaknya apabila tiba watak mesra antara hero dan heroinnya.

Dalam drama itu, hero dan heroin berkahwin tetapi mereka disyaratkan tidak boleh ‘bersama’ selama dua bulan. Oleh kerana rakan SS tidak menonton drama itu daripada awal jadi dia tak tahu kenapa mereka tidak boleh hidup sebagai suami isteri. Hero hanya boleh melawat isterinya di rumah pada waktu siang dengan diawasi pembantu rumah.

Barangkali kerana kemaruk, setiap kali bertemu si isteri menunjukkan kemesraan yang berlebihan, siap makan sambil bersilang tangan. Itu belum lagi adegan mengelap muka hero berkali-kali dengan tangannya.

Banyak lagilah adegan yang keterlaluan sehingga rakan SS terpaksa tukar ke saluran lain. Bukan kerana dia tak suka dengan jalan ceritanya tetapi dia segan menonton dengan anak-anak. Takkan nak dihalau anak keluar rumah semata-mata kerana dia nak menonton drama itu.

Pengarah kenalah menggunakan kreativiti untuk menggambarkan kemesraan watak sebagai suami dan isteri. Berlapiklah sikit!

SS: Patutlah kekasih heroin itu makan hati. HarianMetro


P/S: kalau rasa sesuatu rancangan tv itu melalaikan atau menayangkan sesuatu yang tidak elok ditonton oleh anak-anak, suruh sahaja anak masuk tido atau sila ubah rancangan lain atau tutup terus tv. Pengarah dan pelakon dah buat yang terbaik. Penonton boleh menilai sendiri mana yang baik dan mana yang buruk. Nobody is perfect. Just my opinion.. tiada niat menuding jari mana-mana pihak. 

Tuesday, 21 January 2014

DRAMA: Ariana Rose (2013) - UPDATE EPISODE 13


Tajuk : Ariana Rose (2013) – adaptasi novel The Wedding Breaker

Pelakon : Nur Fathia (Ariana Rose), Keith Foo (Tengku Adam Kamil), Tasha Shilla (Tengku Juwita), Hisyam Hamid, Nabila Huda, Arja Lee, Syatilla Melvin, Ziela Jalil, Mustapha Kamal (Tengku Mukriz) , Liza Abdullah (Puan Sri Lisdania), Rahim Omar (Tengku Sudin), Jasmin Hamid (Tengku Marsela), Anzalna, Wan Sharmila (Linda)

Penerbit
: PenaCreative ( Ziela Jalil )

Mulai : 31 Disember 2013 (Isnin – Khamis)

Pukul : 7.00pm - 8.00pm

Saluran : Slot Akasia, TV3

SINOPSIS : Ia menceritakan Ariana Rose yang berkawan baik   dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai perempuan mengandung dan mengaku kandungan itu milik Tengku Adam Kamil tuning Tengku Juwita. Tujuan utamaTengku Juwita berbuat begitu kerana tidak mahu berkahwin denganTengku Adam Kamil kerana dia seorang kasanova terkenal .

DRAMA: Bukan Kerana Aku Tak Cinta - UPDATE EP 19

Bukan Kerana Aku Tak Cinta, E-Man Sufi, drama adaptasi, novel, Karya Seni

Tajuk : Bukan Kerana Aku Tak Cinta

jumlah episod: 60

drama: Drama Adaptasi Novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta Karya E-Man Sufi

pelakon: Nelydia Senrose & Sharnaaz Ahmad

Sinopsis: JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

DRAMA: Projek Memikat Suami (2013) - UPDATE EPISODE 05


Tajuk drama : Projek Memikat Suami (2013) – adaptasi novel Projek Memikat Suami

Pelakon : Emma Maembong (Nawwal Husna), Aiman Hakim Ridza (Zahrain), Watie Elite (Nawrah Hanna), Dynas Mokhtar (Najla Huda), Kuniey Muzani (Zahra), Fadilah Mansor (Puan Sri Maimun), Aznah Hamid (Hajjah Rahmah), Tasha Elyzza (Emmalyn), Ikhwan Khairudin (Atai)

Penerbit
: Global Station

Mulai : 16 Disember 2013 (13 episode)

Pukul : 9.00pm - 10.00pm (setiap Isnin)

Saluran : ASTRO RIA

Sinopsis : NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...